• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

100 Hari Bagi Kerajaan PH Bukti SST Ringan Beban Rakyat

oleh Cj Mnh
19/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi tempoh 100 hari kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuktikan bahawa pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu meringankan beban rakyat.

Ketua Pembangkang dan anggota Parlimen Bagan Datuk itu berkata tempoh 100 hari itu bermula sebaik sahaja SST dilaksanakan pada 1 Sept nanti.

Menurutnya, pembangkang mengambil sikap berlapang dada dengan memberikan peluang kepada kerajaan untuk membuktikan langkah itu berasas selain memberi peluang untuk mereka menunaikan janji semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita beri peluang kepada kerajaan untuk kurangkan kos sara hidup, dulu masa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kita kutip RM 48 billion tetapi SST hanya RM 21 billion.

“Secara teorinya, menurut mereka (kerajaan PH) peralihan semula kepada SST ini dapat meringankan kos sara hidup, kita tunggu sahaja,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Isnin berkata SST akan diperkenalkan semula berkuatkuasa 1 Sept pada kadar 10 peratus untuk jualan dan enam peratus untuk perkhidmatan.

Lim berkata rang undang-undang SST dijangka diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidicukai SST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Bergaduh Tersebar, Balkisyh Beri Penjelasan

Next Post

Beli Bunga Dapat ‘Kekasih’

Related Posts

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

Kemenangan DUN Mahkota Bukti Rakyat Terima Pentadbiran Anwar Ibrahim – Zahid

28/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN)...

‘Saya Tak Akan Jadi Pengkhianat’

UMNO Harap Kembali Dominan, Bebas Pilih Rakan Kongsi Politik – Zahid

23/08/2024
0

KUALA LUMPUR: UMNO berharap untuk kembali menjadi parti dominan dan bebas memilih mana-mana parti menjadi rakan kongsi politik yang dapat...

Next Post

Beli Bunga Dapat 'Kekasih'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd