• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zulkifli Mula Tugas Secara Rasmi Hari Ini

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin memulakan tugas secara rasmi sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini hari ini.

Beliau tiba di bangunan berkenaan pada pukul 9 pagi sebelum mengetip kad kehadiran tepat pukul 9.10 pagi.

Zulkifli menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Ahmad Safuan Jaafar dengan diiringi Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja di Padang Kawad, Dataran Wisma Pertahanan sebelum memasuki pejabatnya di Tingkat Lima.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Halimi Abd Manaf; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Zulkifli dilantik sebagai Panglima ATM yang baharu menggantikan Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkuat kuasa 20 Jun lepas.

Zulkifli, 59, pernah memegang jawatan Panglima Tentera Darat pada 2011 sebelum dilantik Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 2013. – BERNAMA

Tags: ATM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd