• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujud Akta Pengurusan Lebihan Makanan Segera

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Akta pengurusan lebihan makanan perlu diwujudkan segera bagi memastikan premis perniagaan makanan tidak membuangnya tanpa kawalan.

Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata ia penting bagi mengelak lebihan makanan seperti sayuran dan roti yang masih elok, berakhir di tempat pembuangan sampah.

“Selepas setahun program Bank Makanan Mutiara dijalankan di Pulau Pinang, saya dapati aspek yang tiada dalam program ini adalah undang-undang dalam menguruskan lebihan makanan daripada hotel, restoran dan pasar raya.

“Jika ada undang-undang, kita boleh mengawal, mengarahkan atau menggalakkan premis yang mempunyai lebihan makanan agar mengagihkan kepada golongan yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata cadangan pelaksanaan akta itu juga tidak boleh bersifat menghukum tetapi sebaliknya galakan yang tetap kepada kepatuhan undang-undang.

“Kita akan beri kuasa ini kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan premis perniagaan makanan perlu memaklumkan kepada PBT untuk membolehkan agihan lebihan makanan dapat dilakukan terlebih dahulu sebelum pelupusan makanan.

“Secara tidak langsung, kaedah ini mampu membantu golongan fakir miskin dengan menjimatkan perbelanjaan makanan mereka kerana setakat ini, ia telah mengurangkan beban lebih 17,000 asnaf di Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution yang juga peneraju Bank Makanan Mutiara akan memasukkan rumah amal dan kebajikan sebagai kumpulan sasaran agihan makanan ke dalam program tersebut.

“Kita lihat ada keperluan untuk membantu kumpulan ini, yang mana kos operasi mereka mencecah RM15,000 sebulan dengan perbelanjaan terbesar adalah untuk makanan,” katanya.

Menyentuh mengenai sumber agihan makanan, beliau tidak bimbang kerana beberapa restoran dan pasar raya seperti Tesco terlibat dalam proses ini setiap hari.

“Sumber dah ada cuma kita hanya perlu alihkan agihan secara sistematik dan seimbang dari Pulau Pinang ke sini dan saya yakin perkara itu tidak ada masalah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Aktamakanan segera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd