• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Bunuh Diri Selepas Tembak Mati Rakan

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANJUNG – Seorang warga emas bertindak membunuh diri selepas menembak mati rakannya berhampiran sebuah restoran di Kampung Koh, di Sitiawan dekata sini malam tadi.

Chu Phan Hoo, 62, ditemukan mati dipercayai menembak dirinya sendiri di dalam kereta jenis Toyota Fortuner di Simpang Dua, kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia menembak rakannya, Ling Iu King, 66.

Ling meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata semasa kejadian dia sedang minum di kedai tersebut dan terlihat suspek mengeluarkan senapang patah dari kereta jenis Toyota Fortuner sebelum menembak seorang lelaki dengan beberapa das tembakan pada jarak dekat di kawasan letak kereta kedai tersebut.

“Pada mulanya saya melihat mereka berdua sedang minum bersama beberapa rakan lain di meja sama,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook memaklumkan Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman mengesahkan kejadian tersebut.

Kenyataan itu turut menggesa orang ramai supaya menghentikan penyebaran video kejadian itu yang tular dalam Facebook dan aplikasi Whatsapp kerana ia akan mengundang gangguan emosi pihak tertentu terutamanya keluarga mangsa.

“Ini juga akan mendatangkan rasa takut dan kebimbangan kepada orang awam serta sekitar kawasan termasuk mengganggu siasatan polis,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Tembak Rakanwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd