• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Maut Dirempuh Bas Langgar Lampu Merah

oleh AK-47
06/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja lelaki dan ibu saudaranya maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah bas persiaran di persimpangan lampu isyarat dekat Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka.

Dalam kejadian pukul 10.50 malam Isnin itu, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Zhariq Fizry, 20, dan ibu saudaranya Sabariah Amin, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Lapor Berita Harian, mereka berdua dipercayai baharu sahaja habis bekerja di sebuah pasar raya berhampiran dan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Batu Gajah, Merlimau, Jasin, Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata kemalangan berlaku apabila bas persiaran dari Ayer Keroh berkenaan melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh kuat motosikal mangsa.

“Bas persiaran dipandu lelaki berusia 52 tahun itu melanggar motosikal mangsa yang datang dari arah persimpangan lampu isyarat Hospital Pantai untuk membelok arah kanan ke Taman Merak.

“Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu bas dan 30 penumpang tidak cedera,” katanya.

Sementara itu menurut bapa mangsa, Rofizi Mohd Yusof, 44, dia hanya mengetahui anaknya bekerja di pasar raya bersama-sama ibu saudaranya selepas kemalangan itu berlaku.

“Semalam hari pertama dia bekerja di pusat beli-belah itu (Aeon Bandaraya) dan dia ke sana bersama ibu saudaranya. Malangnya, itu jugalah hari terakhir dia bekerja.

Katanya, Zhariq juga selesa tinggal bersama arwah ibu saudaranya itu yang merupakan ibu tunggal yang mempunyai tiga anak dan menjadi antara sebab Zhariq selesa tinggal bersama mereka.

“Arwah Sabariah bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah sama, sebab itulah Zhariq membonceng motosikal berkenaan.

“Sebelum itu, saya tidak tahu dia sudah bekerja. Ketika saya menelefonnya pagi semalam pun, dia tidak beritahu mengenai kerja baru itu,” katanya.

Rofizi berkata, panggilan telefon itu adalah perbualan terakhirnya bersama arwah dan dia sempat mengajak anak lelakinya pulang ke Kuala Lumpur untuk melakukan persiapan Aidilfitri.

“Dia (Zhariq) membonceng ibu saudaranya kerana tidak mempunyai lesen memandu dan sepatutnya mengambil ujian memandu hari ini,” katanya.

Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalanganmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd