• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Eh… Kereta Lagi Penting Daripada Nyawa?

oleh AK-47
26/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR di media sosial video rakaman dashcam sebuah kereta Perodua Axia dirempuh Perodua Myvi yang hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Insiden mengejut itu dikatakan berlaku kira-kira jam 6.30 petang Isnin di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Lebuhraya Guthrie, Sungai Buloh, Selangor.

Bagaimanapun ketiga-tiga kenderaan yang terlibat mengalami rosak teruk namun kesemua mangsa dipercayai terselamat dalam insiden berkenaan.

Menerusi video, pemandu Perodua Myvi yang keluar dari susur keluar Lebuh Raya Guthrie di sebalah kiri jalan tersebut dikatakan hilang kawalan akibat keadaan lebuh raya yang licin.

Perodua Myvi itu kemudian dilihat berpusing sebelum merempuh sebuah Perodua Axia yang dipandu oleh seorang wanita di sebelah lorong kedua dari sebelah kiri lebuh raya berkenaan.

Dalam masa yang sama, pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang berada di belakang Perodua Axia tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang kereta itu.

Pelanggaran tersebut menyebabkan pemandu dan penumpang pacuan empat roda berkenaan dengan segera keluar dari kenderaan bagi memeriksa keadaan kenderaan.

Membuatkan pemandu wanita yang berada di hadapan mereka seakan ‘tidak dihiraukan’ mereka biarpun kejadian itu bukan berpunca daripadanya.

Tindakan mereka itu lalu menerima kecaman netizen kerana dilihat mengutamakan kebendaan berbanding nyawa nahas kemalangan yang terlibat.

Kerisauan yang dibangkitkan netizen itu adalah kerana kereta Perodua Axia itu dilanggar sebanyak dua kali sehingga berpusing.

Bagaimanapun mangsa yang dikenali sebagai Rohaida Abdul Aziz pada Isnin tampil meminta netizen memaafkan kekhilafan pemandu pacuan empat roda itu.

Menerusi posting dalam laman Perodua Axia Club, Rohaida reda dengan insiden tersebut sambil memaklumkan keadaannya selamat.

“Assalamualaikum saya owner Axia yang terlibat dalam kemalangan Sabtu lepas yang melibatkan Axia, Myvi dan Navara di Highway Rawang – Sungai Buloh.

“Owner Navara tu baru call ni dia minta maaf sebab lepas langgar tu dia terus terjah kereta tanpa melihat kami dalam kereta Axia tu.

“Dia minta maaf, ramai netizen kecam Navatu tu… Tolong maafkan dia ya, takpelah benda nak jadi,” tulisnya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superitendan Azman Shar’iat yang dihubungi media mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 kerana memandu cuai sehingga menyebabkan kemalangan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalanganNetizen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd