• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Veteran UMNO Desak Batal Debat Calon Presiden

oleh Haris
23/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO hari ini mendesak supaya program debat antara calon presiden parti itu yang bakal disiarkan secara langsung di televisyen dibatalkan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakob mendakwa program seumpama itu hanya akan mendatangkan kesan negatif terhadap parti keramat Melayu itu.

Jelasnya lagi, program berkenaan langsung tidak mendatangkan kesan positif memandangkan persaingan merebut jawatan dalam UMNO bersifat kekeluargaan .

Ini dapat dilihat apabila setiap calon yang bertanding menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti serta rakyat dan bukan untuk memburukkan ahli UMNO yang lain.

Mustapha berkata, pertandingan yang diadakan bagi merebut jawatan juga bukan bertujuan untuk menunjukkan kehebatan calon kerana perwakilan sudah pun mengenali mereka.

Malah, rekod perkhidmatan serta jasa calon ketika sepanjang berkhidmat untuk parti juga sudah diketahui oleh umum.

Ujar Mustapha, dengan mengadakan debat, secara tidak langsung mereka yang terlibat boleh tersinggung dan sekaligus mendatangkan kesan negatif kepada parti.

“Oleh itu Veteran UMNO berpendapat debat itu tidak relevan dan meminta ia dibatalkan.

“Kami yakin jika debat itu diteruskan juga kesannya lebih kepada negatif kerana sudah pasti akan ada calon yang tersinggung dengan hujah calon lain.

“Biar secermat mana pun hujah yang dikemukakan ianya pasti akan menjurus kepada mencari kebenaran sendiri dan menidakkan lawan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, Veteran UMNO enggan program debat berkenaan yang akan disiarkan di televisyen itu mengeruhkan kedamaian dan keharmonian suasana berkempen menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti pada 30 Jun ini.

Sekadar rekod, debat antara dua calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah ditetapkan berlangsung pada 29 Jun ini, sehari sebelum hari pemilihan.

Seorang lagi calon, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi masih belum memberikan kata putus sama ada ingin menyertai debat itu namun memberi bayangan enggan terlibat dengan program berkenaan.

Program debat berkenaan akan disiarkan secara langsung di Astro Awani dan akan berlangsung selama satu jam bermula jam 9.30 malam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Mustapha Ya'akubdebatVeteran UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penyiapan Projek TRX Suntik Keyakinan Pelabur Asing

Next Post

Debat Khairy-Ku Li Dijadualkan 29 Jun Ini

Related Posts

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

Adam Adli Sedia Berdebat Dengan Syed Saddiq Selepas PRN

04/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim bersedia untuk menerima jemputan Presiden MUDA, Syed Saddiq...

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

Ahli Parlimen PN Ubah Fikiran, Setuju Debat Dengan Rafizi

01/08/2023
0

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok dari Perikatan Nasional, Syahir Sulaiman membuat pusingan U berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli...

Next Post

Debat Khairy-Ku Li Dijadualkan 29 Jun Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd