• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tangga Batu Usul Idris Haron Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
21/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu telah mengemukakan usul supaya Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris Haron mengambil tanggungjawab atas kekalahan UMNO di Parlimen Tangga Batu dan negeri Melaka dengan meletak jawatan sebagai ketua bahagian serta pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata usul itu dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu oleh seorang anggota jawatankuasa, namun Idris telah bertindak menamatkan mesyuarat dengan tergesa-gesa dan keluar daripada mesyuarat.

Abu Bakar berkata mesyuarat yang berakhir sekitar tengah malam tadi dipengerusikan Idris dihadiri 31 anggota jawatankuasa bahagian itu antara lain membincangkan tentang persidangan UMNO Bahagian Tangga Batu dan pemilihan peringkat bahagian pada 30 Jun ini.

“Setelah beliau (Idris) keluar mesyuarat dengan tujuh yang lain, saya mengambil inisiatif membincangkan usul itu dengan anggota jawatankuasa dan hasil undian 19 menyokong, dua menolak dan dua berkecuali,” katanya pada sidang akhbar di Klebang di sini, tengah malam tadi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas, calon PKR, Dr. Rusnah Aluai menang dengan majoriti 4,659 undi di Parlimen Tangga Batu menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zali Mat Yasin juga Ketua Pemuda UMNO Melaka dan calon PAS, Zulkifli Ismail.

Dalam kawasan Parlimen yang sama, Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dengan majoriti 2,229 undi, manakala Abu Bakar yang sebelum itu Anggota Parlimen Tangga Batu tewas di kerusi DUN Paya Rumput.

Pada pilihan raya umum itu juga BN hanya mampu memenangi 13 kerusi DUN berbanding Pakatan Harapan memenangi 15 kerusi DUN yang kemudiannya berjaya membentuk kerajaannegeri Melaka. – BERNAMA

Tags: Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd