• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Sabah Masih Relevan, Namun Perlu Diubah Suai

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – UMNO Sabah masih relevan, namun perlu diubah suai serta ditambah relevannya kepada ahli dan pengundi untuk menghadapi pilihan raya akan datang, kata calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata dakwaan pihak tertentu bahawa UMNO di Sabah tidak lagi relevan adalah tidak tepat kerana masih ramai anggota parti yang menghadiri setiap mesyuarat perwakilan yang diadakan di Sabah serta terus setia bersama parti.

“UMNO Sabah masih relevan, cuma kita kena tambah kerelevanan itu. Oleh itu sebagai calon presiden saya telah membawa satu manifesto khasnya untuk UMNO Sabah.

“Saya akan mengguna pendekatan autonomi UMNO Sabah agar tidak dilihat sebagai di bawah cengkaman UMNO pusat. kita mahu memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa UMNO Sabah adalah untuk orang Sabah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin dan anggota UMNO Sabah di sini, malam tadi.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata autonomi UMNO Sabah, yang dibentangkan kepada perwakilan Sabah, termasuk pemilihan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah yang ditentukan oleh anggota parti di negeri ini tanpa campur tangan UMNO pusat.

“Begitu juga dengan hal-hal berkaitan disiplin dan pemilihan calon yang akan bertanding pada pilihan raya nanti. Kita mahu ia ditentukan oleh peringkat bahagian masing-masing. Kerana hanya anggota parti di bahagian itu yang mengetahui siapa yang terbaik untuk mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinUMNO Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

04/09/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan masih belum menerima sebarang surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd