• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Diterima Baik Di Sabah – Tengku Razaleigh

oleh Ahmad Albab
26/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tengku Razaleigh Hamzah berkata kehadiran UMNO di Sabah diterima baik oleh rakyat negeri itu serta berjaya memainkan peranannya dengan efektif.

Malah katanya UMNO bukan parti yang bermasalah, sebaliknya yang menjadi isu adalah kepimpinan parti itu yang tidak diterima rakyat.

“Rakyat sangat gembira dengan matlamat UMNO dan tujuan parti itu ditubuhkan serta perjuangannya namun rakyat tidak gembira dengan karakter dan tabiat sesetengah pemimpin parti itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin UMNO Sabah, di sini hari ini.

Menurut wakil rakyat Parlimen Gua Musang itu isu integriti dan kredibiliti pemimpin UMNO membimbangkan rakyat, justeru sudah tiba masanya anggota parti mengubah keadaan berkenaan.

“Inilah (integriti dan kredibiliti kepimpinan UMNO) yang menjadi kebimbangan rakyat dan inilah yang perlu diperbetulkan. Kita amat serius dalam menjaga kebajikan rakyat dan kebajikan rakyat inilah yang perlu diambil berat,” katanya.

Mengenai perancangannya untuk UMNO sekiranya terpilih sebagai presiden parti, Tengku Razaleigh menjanjikan sesuatu yang berbeza berbanding kepimpinan terdahulu.

Beliau bagaimanapun tidak memberi ulasan lanjut.

Mengenai usul anggota UMNO Sabah untuk keluar daripada Barisan Nasional dan menubuhkan pakatan politik seperti Gabungan Bersatu, Tengku Razaleigh menasihati mereka agar berfikir panjang termasuk implikasi penubuhan gabungan sedemikian.

“Itu hak anda (berbuat demikian) tetapi anda perlu berfikir dua kali sebab jika anda tidak berhati-hati..anda mungkin ditelan oleh orang lain jika anda tidak cukup kuat. Itulah bahayanya. Ia telah berlaku banyak kali di mana-mana,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lagi Cacing Ditemui Dalam Tin Sardin Dari China

Next Post

Chong Wei Mudah Mara Ke Pusingan Kedua

Related Posts

Ku Li Letak Jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

22/09/2021
0

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkuat kuasa Isnin...

“Berdoalah Agar Gaji Mereka Dibayar Separuh Dari Kabinet Mahiaddin”

30/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketika pengumuman kabinet baru oleh Ismail Sabri Yaakob hari ini terus berdepan dengan kesangsian sesetengah pihak, seorang...

Next Post

Chong Wei Mudah Mara Ke Pusingan Kedua

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd