• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar Beg Udara, Baharu Boleh Baharui Cukai Jalan

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak membenarkan pembaharuan cukai jalan kepada pemilik kenderaan yang masih belum menukar beg udara jenis Takata yang bermasalah.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata arahan itu berkuat kuasa serta-merta.

“Mengikut rekod Honda (Honda (M) Sdn Bhd), sebanyak 71,315 kereta syarikatnya keluaran 2003 hingga 2013 belum menukar beg udara jenis Takata yang bermasalah.

“Saya telah arahkan JPJ untuk tidak membenarkan pemilik kenderaan yang terlibat memperbaharui cukai jalan sekiranya tidak mengemukakan surat pengesahan daripada Honda yang mereka telah menukar beg udara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat keluarga mangsa kemalangan di Taman Len Seng, Cheras yang maut, Pong Hou Tien, 23, pada Ahad (27 Mei), dipercayai berpunca daripada kerosakan beg udara kenderaan Honda City yang dipandunya.

Turut hadir pada lawatan di Jalan Damai Perdana, dekat Cheras, di sini adalah Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shahruddin Khalid.

Anthony berkata setakat ini, terdapat lapan kes kemalangan jiwa membabitkan beg udara jenis Takata itu di Malaysia dan menggesa pemilik syarikat kereta lain yang menggunakan beg udara jenis sama supaya memberi data mengenai pemilik kenderaan yang belum menukar beg udara mereka kepada JPJ.

“Dalam hal ini, saya tidak mahu menuding jari kepada pemilik syarikat kereta kerana mereka dari semasa ke semasa telah mengeluarkan surat peringatan kepada pemilik kenderaan untuk menukar beg udara. Ia bergantung kepada kesedaran pemilik kenderaan sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: beg udaracukai jalan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Lavida Raya’, Single Terbaharu Hari Raya Vida

Next Post

PDC Travels Tangani Kes Penipuan Pakej Umrah

Related Posts

Sanggup Langgar Polis Kerana Cukai Jalan Tamat Tempoh

Sanggup Langgar Polis Kerana Cukai Jalan Tamat Tempoh

01/05/2024
2

Ampang : Dua penunggang motosikal ditahan selepas melanggar anggota polis ketika cuba mengelak daripada pemeriksaan trafik menerusi sekatan jalan raya...

Saman Gagal Pamer Cukai Jalan Sudah Dibatalkan

Saman Gagal Pamer Cukai Jalan Sudah Dibatalkan

19/04/2023
0

PETALING JAYA : Siasatan dalaman akan dilakukan terhadap anggota polis peronda yang mengeluarkan saman terhadap individu gagal mempamerkan cukai jalan...

Next Post

PDC Travels Tangani Kes Penipuan Pakej Umrah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd