• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TRXC Akan Buat Laporan Polis Penyelewengan Dana

oleh Ahmad Albab
21/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – TRX City Sdn Bhd (TRXC) akan membuat laporan polis berhubung dana untuk pembangunan Tun Razak Exchange yang diambil oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam laman webnya hari ini, syarikat itu berkata, tindakan akan diambil selepas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan hari ini bahawa sejumlah RM3.07 bilion, yang dimaksudkan untuk pembangunan TRX, telah disalahgunakan oleh 1MDB.

Berikutan penyelewengan tersebut, TRXC tidak mempunyai wang yang cukup untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai pemaju utama TRX.

Lim telah mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif TRXC, Datuk Azmar Talib dan Ketua Pegawai Operasi, Tan Hwa Min untuk membuat laporan kepada polis serta panel siasatan khas 1MDB.

TRXC kemudian dipindahkan ke Kementerian Kewangan pada 31 Mac 2017.

Sementara itu, Azmar berkata, syarikat itu mengalu-alukan sokongan kementerian dalam menyiapkan pembangunan Tun Razak Exchange.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana mempunyai keyakinan terhadap TRX, daerah kewangan antarabangsa yang baharu di KL. Pelabur kami akan melihat komitmen ini secara positif kerana ia mengesahkan pendirian pro-perniagaan kerajaan.

“Kami telah membuat kemajuan besar dengan projek ini dan menarik ramai pelabur bertaraf dunia. Dengan sokongan yang sangat diperlukan ini dan komitmen berterusan dari rakan kongsi kami, kami berharap dapat menyiapkan projek ini mengikut jadual dan belanjawan, untuk manfaat Malaysia dan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Sebagai daerah pusat perniagaan masa depan Kuala Lumpur, TRX akan mengukuhkan kedudukan bandar raya ini sebagai pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa terkemuka, dengan mewujudkan persekitaran perniagaan yang bersepadu dan lancar untuk firma perkhidmatan kewangan, syarikat multinasional dan perniagaan sampingan. – BERNAMA

Tags: TRX
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hujan Lebat, Bumbung TRX Bocor Lagi Petang Tadi

Hujan Lebat, Bumbung TRX Bocor Lagi Petang Tadi

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Pusat beli-belah The Exchange TRX sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas berlaku insiden kebocoran bumbung...

Wang 1MDB: PH Pilih Dapat Semula Dana Nilai Lebih Kecil

08/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memilih untuk mendapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd