• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbang Semula Potong Elektrik 1Borneo Hypermall

oleh AK-47
27/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) diminta mempertimbang semula keputusan memotong bekalan elektrik di 1Borneo Hypermall berikutan tunggakan bil elektrik.

Anggota Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman berkata pemotongan bekalan elektrik itu akan memberi kesan kepada sumber pendapatan pekerja di pusat beli belah itu.

“Kita mesti meletakkan kepentingan rakyat terlebih dahulu dan dalam kes ini, pekerja yang diupah di pelbagai premis kedai dalam pusat beli belah itu yang akan mengalami kerugian besar.

“Memutuskan bekalan elektrik akan menyebabkan premis-premis kedai terpaksa ditutup dan pekerja akan kehilangan kerja mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azis yang juga Ketua Wira Parti Warisan Sabah juga bersedia menjadi perantara bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah berkenaan.

Semalam, SESB mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan memotong bekalan elektrik di 1Borneo Hypermall pada Rabu ini sekiranya pusat beli belah itu gagal menjelaskan tunggakan bil elektrik yang kini mencecah RM9.3 juta.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Mohd Yaakob Jaafar berkata SESB sudah memberi masa yang mencukupi kepada pihak pengurusan 1Borneo untuk menjelaskan tunggakan hutang itu. – BERNAMA

Tags: potong bekalanSESB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Didakwa Buat Tuntutan Palsu Lebih RM650,000 Kepada SESB

Suami Isteri Didakwa Buat Tuntutan Palsu Lebih RM650,000 Kepada SESB

17/10/2024
0

TAWAU: Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas 15 pertuduhan mengemukakan dokumen tuntutan...

Sabah Rugi RM20 Juta Setahun Akibat Penyambungan Elektrik Haram

Sabah Rugi RM20 Juta Setahun Akibat Penyambungan Elektrik Haram

16/02/2023
0

KOTA KINABALU: Sebanyak 31,000 rumah setinggan di Sabah memperoleh bekalan elektrik secara haram hingga mengakibatkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd