• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tikam Orang Di Dalam Kereta Api Sebab Kecewa

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI ditahan di Tokyo selepas menikam mati seorang individu dan mencederakan dua lagi dalam kereta api laju semalam.

Difahamkan, kejadian serangan ganas seperti itu jarang berlaku di negara matahari terbit terbabit.

Suspek, dikenali sebagai Ichiro Kojima, menyerang mangsa kira-kira 10 malam waktu tempatan di dalam kereta api shinkansen yang dalam perjalanan dari Tokyo ke stesen di Osaka, kata polis dan laporan berita.

Pegawai polis menyerbu ke dalam gerabak dan menahan lelaki berkenaan selepas kereta api itu, yang membawa 880 penumpang itu berhenti cemas di stesen Odawara.

Polis menahan penganggur berusia 22 tahun kerana disyaki cuba membunuh, kata jurucakap polis.

“Seorang penumpang lelaki dihantar ke hospital dan disahkan mati tidak lama kemudian,” kata jurucakap berkenaan.

Laporan berita menyebut dua wanita yang berusia 20-an cedera tetapi tidak mengancam nyawa.

Suspek memberitahu penyiasat dia ‘kecewa dan mahu membunuh seseorang’, lapor stesen penyiar NHK, menambah dia menggunakan sekurang-kurangnya dua pisau. – AFP/myMetro Online

Tags: jepuntikam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Maut Bedilan Peluru Berpandu Di Arab Saudi

Next Post

“Tiada Maaf Untukmu Sergio Ramos!” – Salah

Related Posts

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

12/04/2025
4

SUNGAI SIPUT - Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki menikam dua rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah...

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

18/02/2025
0

OSAKA: Seorang cikgu sambilan dari Malaysia ditahan kerana mencuri kad kredit dan wang tunai berjumlah puluhan ribu yen ketika berlangsung...

Next Post

"Tiada Maaf Untukmu Sergio Ramos!" - Salah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd