• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sekatan Pengimportan Ikan, Tiada AP Dikeluarkan

oleh Ahmad Albab
13/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memaklumkan tiada sebarang sekatan berhubung pengimportan ikan dari mana-mana negara, demikian menurut Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

LKIM dalam satu kenyataan hari ini juga berkata pihak kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang permit import (AP) ikan.

“Mana-mana individu yang layak dan mematuhi syarat boleh menjadi pengimport,” menurut LKIM.

Bagaimanapun, bagi menjamin keselamatan makanan kepada rakyat, pengimport perlu mematuhi syarat yang terkandung dalam permohonan permit import yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi aktiviti import/eksport yang menggunakan pintu masuk/keluar di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengimport juga perlu mendapatkan Lesen Import dan Lesen Borong/Borong (Premis Persendirian) LKIM terlebih dahulu sebelum mendapatkan permit import MAQIS, menurut kenyataan itu.

Bagi aktiviti import/eksport yang menggunakan pintu masuk/keluar di Sabah dan Sarawak, permohonan perlu dibuat melalui LKIM dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Menurut kenyataan itu, syarat-syarat am yang diperlukan bagi mengimport ikan basah, hidup dan ikan beku/proses adalah pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia serta syarikat pemohon hendaklah berdaftar dalam Malaysia dan mempunyai lesen borong premis persendirian.

Maklumat lanjut mengenai permohonan lesen import ikan boleh dirujuk di www.maqis.gov.my dan https://elesen.lkim.gov.my.

LKIM berkata permohonan daripada ejen pengangkutan atau ejen forwarding untuk mendapatkan lesen import/eksport ikan tidak akan dipertimbangkan. – BERNAMA

Tags: LKIMpengimport
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Kejadian Kren Terbalik Di Lebuh Raya CSR

Next Post

Kari Atau Rendang Itik Pelengkap Juadah Aidilfitri

Related Posts

Nelayan Diminta Daftar Dengan LKIM Untuk Dapat Bantuan

Nelayan Diminta Daftar Dengan LKIM Untuk Dapat Bantuan

26/12/2022
0

TUMPAT : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggesa semua nelayan di negara ini mendaftar dengan persatuan nelayan agar bantuan dapat...

LKIM Tiada Lagi Simpanan Ikan Sejuk Beku

28/05/2022
0

Taiping : Tiada simpanan ikan sejuk beku di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi menampung masalah kekurangan dan kenaikan harga...

Next Post

Kari Atau Rendang Itik Pelengkap Juadah Aidilfitri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd