• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rekod Keluar Musa Aman, Jamal Yunos

oleh AK-47
02/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Imigresen mengesahkan tiada rekod keluar negara ditemui bagi dua individu iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata, kedua-dua mereka juga sudah disenarai hitam daripada keluar negara.

“Kita tidak tahu di mana mereka berada sekarang. Setakat ini, kami tiada rekod keluar bagi kedua-dua mereka.

“Jika mereka keluar menerusi pintu tidak sah, itu menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pasport 1966 dan Akta Imigresen 1959/1963,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Mustafar berkata, mengikut Akta Imigresen 1959/1963, mereka yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meminta kerjasama pihak berkuasa Indonesia untuk membantu memburu Jamal yang dipercayai melarikan diri ke negara itu.

Dalam satu rakaman video berlatar belakangkan kebun kelapa sawit, Jamal meminta Muhyiddin memberi jaminan perlindungan kepadanya kerana mendakwa dirinya dianiaya.

Sebelum itu, Jamal juga tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya selepas berjanji tampil memberi kerjasama kepada pihak polis bagi membantu beberapa kes termasuk dakwaan mempamerkan senjata api di khalayak umum.

Sementara itu, seorang pengguna laman sosial Facebook pula mendakwa melihat kelibat Musa di Stesen Kereta Api St. Pancras International, London.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Az Eem itu turut memuat naik video berdurasi 10 saat yang kemudian turut tular.

Video itu yang dimuat naik kelmarin dengan keterangan: ‘Ex-cm Sabah spotted at St. Pancras, London. Rafizi Ramli INVOKE Malaysia’ (bekas CM (Ketua Menteri) Sabah dilihat di St. Pancras, London).

Musa dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkaitan ugutan jenayah.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut hadir ke kediaman Musa di Kota Kinabalu, namun tidak dapat memasukinya kerana beliau tiada di rumah.

Tindakan itu berhubung siasatan SPRM terhadap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu. – myMetro Online

Tags: Jabatan Imigresenkeluar negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengguna Teruja Berbelanja Selepas Sifar GST

Next Post

KPDNKK Sabah Puas Hati Tahap Pematuhan Peniaga

Related Posts

Imigresen Selamat 10 Wanita Bawah Umur Mangsa Eksploitasi Seks Sindiket Pelacuran

Imigresen Selamat 10 Wanita Bawah Umur Mangsa Eksploitasi Seks Sindiket Pelacuran

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menyelamatkan 10 remaja perempuan bawah umur yang menjadi mangsa eksploitasi seks oleh sindiket pelacuran yang berselindung...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post

KPDNKK Sabah Puas Hati Tahap Pematuhan Peniaga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd