• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

THM Terima Sumbangan RM70,000 Hari Ini

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tabung Harapan Malaysia hari ini menerima sumbangan berjumlah RM70,000 daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan seorang ahli perniagaan dari Perak.

Han Kang Kong Hoey, sebuah NGO memberi sumbangan sebanyak RM50,000, Sungei Piah Holding Sdn. Bhd. serta seorang ahli perniagaan Thang Lai Sung masing-masing menyumbangkan RM10,000.

Sumbangan untuk membantu kerajaan meringankan bebanan hutang negara yang mencecah lebih RM1 trilion itu diserahkan kepada Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nga melahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka yang memberi sumbangan dalam usaha membantu kerajaan Pakatan Harapan menyelesaikan hutang negara.

“Saya difahamkan pada Jumaat ini seramai empat individu yang merupakan anak kelahiran negeri Perak akan memberi derma kepada tabung berkenaan sebanyak RM3.5 juta dan akan menyerahkan sumbangan itu kepada Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu di pejabat menteri besar,” kata wakil rakyat Parlimen Teluk Intan itu.

Sehingga semalam, Tabung Harapan Malaysia yang dilancarkan pada 30 Mei lalu telah mengutip sebanyak RM35.3 juta. – BERNAMA

Tags: Tabung Harapan Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Akaun Putuskan Guna Wang THM

07/02/2019
0

PUTRAJAYA - Sebuah Jawatankuasa Akaun yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Ahmad Badri Mohd. Zahir akan memutuskan penggunaan wang Tabung...

Kerajaan Amat Hargai Sumbangan Rakyat Kepada Tabung Harapan

23/12/2018
0

PUTRAJAYA - Menjelang penutupan rasmi Tabung Harapan Malaysia (THM) yang berkuatkuasa pada 31 Disember 2018, kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd