• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Sebulan Carum Levi Sumber Manusia

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia memberi tempoh sehingga hujung bulan ini bagi majikan yang layak mencarum Levi Pembangunan Sumber Manusia atau berdepan kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang.

Ia merupakan pembayaran caruman mandatori yang dikenakan kerajaan kepada kumpulan majikan yang tertentu bertujuan untuk melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja.

“Sehingga April tahun ini, majikan yang layak mendaftar ialah 45,750 namun hanya kira-kira 50 peratus berbuat demikian, bermakna terdapat 23,072 lagi majikan yang belum mendaftar,” kata Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran.

Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kali pertamanya bersama Anggota Lembaga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) di sini, hari ini.

Menurutnya, majikan yang ingkar boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, Kulasegaran berkata mengheret majikan ke mahkamah merupakan pilihan terakhir memandangkan kementerian masih mahu memberi peluang kepada majikan terbabit.

Di bawah Akta PSMB, majikan di dalam kategori tertentu bertanggungjawab membayar levi untuk setiap pekerja pada kadar satu peratus daripada gaji bulanan pekerja.

Kriteria majikan yang diwajibkan mencarum levi ini ialah majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 pekerja tempatan dalam bidang pembuatan, perlombongan dan kuari serta 38 subsektor perkhidmatan antaranya perhotelan, perkapalan, pengangkutan udara dan telekomunikasi. – BERNAMA

Tags: M Kulasegaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelantikan Tommy Thomas Bertepatan Keperluan

Next Post

Pembatalan HSR Selamatkan Negara, Rakyat

Related Posts

24,600 Hilang Kerja Sejak Sembilan Bulan Lalu

07/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Laporan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mendapati 24,600 pekerja diberhentikan majikan bagi tempoh Januari sehingga September lepas,...

Tiada Kenaikan Gaji Minimum Tahun Ini

20/04/2019
0

BENTONG - Kadar baharu gaji minimum hanya akan diumumkan sebelum Ogos tahun depan yang menyaksikan tiada perubahan kadar gaji minimum...

Next Post

Pembatalan HSR Selamatkan Negara, Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd