• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanam Budaya Kitar Semula Dalam Kalangan Rakyat

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Rakyat Kedah digesa menjadikan amalan kitar semula sisa pepejal sebagai budaya bagi memastikan kadar sampah yang dibuang di pusat pelupusan berkurangan, terutamanya pada musim perayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Tan Kok Yew berkata hingga kini, kadar kitar semula di negeri ini hanya antara 12 hingga 15 peratus dan ia masih rendah daripada sasaran 30 peratus sebelum ini.

“Dianggarkan lebih 1,400 metrik tan sampah dijana setiap hari di seluruh negeri dan sebab itu kita adakan kempen kitar semula dengan menempatkan sejumlah sangkar-sangkar kitar semula di kawasan perumahan agar orang ramai buang bahan buangan mereka mengikut kategori untuk dikitar semula.

“Dengan cara ini kita dapat terapkan kepada rakyat rasa tanggungjawab terhadap sampah mereka dan tidak hanya bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata,” katanya kepada Bernama pada Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2018 oleh Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia Bahagian Kedah/Perlis di Menara Zakat Alor Setar, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah meminta syarikat pengendali pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, Enviroment-Idaman Sdn Bhd (E-Idaman), untuk meningkatkan jadual kutipan sampah di kawasan-kawasan tumpuan dan kawasan perumahan khususnya menjelang musim perayaan ini.

Pada majlis itu, hampir 200 kanak-kanak miskin, anak yatim serta anggota persatuan yang kurang berkemampuan menerima sumbangan duit raya serta hamper barangan keperluan makanan. – BERNAMA

Tags: Kitar Semula
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tak Berani Kacau, Alyah Biar Ramli Masak Sendiri

Next Post

Kerajaan Mahu Kembalikan Kekayaan Negara

Related Posts

33 Kilang Kitar Semula Plastik Tanpa Lesen Disita

19/02/2019
0

SHAH ALAM - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah mengambil tindakan menyita 33 buah kilang kitar semula plastik yang dilapor...

KITAR3cycle Mampu Wujud Prihatin Alam

23/11/2018
0

SEREMBAN - Program KITAR3cycle, yang memberi mata ganjaran kepada penduduk yang membuang secara teratur barangan yang boleh dikitar semula, mampu...

Next Post

Kerajaan Mahu Kembalikan Kekayaan Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd