• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Sangka Menang Anugerah, Alif Anggap Diri Masih Baru

oleh
29/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK sangka dirinya dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Watak Utama Terbaik pada kemuncak Anugerah Seni Boh Cameronian Ke-15, Alif Satar termanggu selama hampir setengah jam.

Walaupun sudah bergelar sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara, tetap menganggap dirinya masih mentah jadi seorang pelakon menerusi drama teater muzikal Dia Semanis Honey dengan membawa watak sebagai Ahnaf Wafiy.

Sepanjang dua tahun lalu, Alif dilihat semakin aktif dalam bidang lakonan tetapi dia juga menganggap cabang sebagai pelakon bukanlah satu bidang yang mudah untuknya kuasai.

GANDINGAN ALIF DAN NANA MENERUSI DRAMA ‘DIA SEMANIS HONEY’ DAN ‘KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU’.

“Saya tidak pernah terfikir bakat diiktiraf, apatah lagi saya masih mentah dalam dunia lakonan, terutama pementasan teater. Lakonan teater lebih fokus dan terperinci, malah setiap pergerakan di pentas membawa maksud tertentu.

“Mereka menitikberatkan kualiti lakonan yang sebenar, malah langsung tidak memandang populariti atau kehebatan nama seseorang. Berada dalam senarai pencalonan sudah memadai kerana itu sahaja sudah jauh dari jangkauan.

“Tetapi, apabila diumumkan sebagai pemenang, hampir setengah jam saya termanggu mencari jawapan. Pelbagai pertanyaan timbul, terutama apa kriteria hingga saya diangkat sebagai pemenang. Saya bagaikan tidak percaya kerana saya masih baharu dalam dunia pementasan teater,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Tambahnya lagi, kehadirannya pada majlis anugerah itu tidaklah membawa harapan yang tinggi kerana ketika nama calon diumumkan, penonton dilihat memberikan tepukan yang gemuruh kepada Safiya.

Bagi bapa kepada dua orang cahaya mata itu, setiap kerja yang dilakukannya hanyalah unutk kepuasan diri dan peminat.

Pengiktirafan yang diterimanya dianggap sebagai satu bonus dan penghargaan kepadanya terhadap segala usaha keras sepanjang bergelar anak seni.

Pada tahun lalu pula, Alif pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Popular menerusi Anugerah Telenovela.

31 Ogos ini, Alif dan pasangan duetnya, Siti Nordiana bakal mengadakan konsert Just Us- Alif Satar & Siti Nordiana Live in Singapore.

Selain itu, Alif yang turut merupakan duta minuman Ali Cafe itu sedang giat membuat persiapan bagi menyertai pertandingan Ironman di Langkawi, Kedah pada Novermber ini. – Mynewshub.tv/AH

Tags: alif satar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hebat PM Mampu Bergaya Kereta Mewah RM1.6 Juta

Next Post

“Salah Ke Ambil Gambar Google?” – Soal Wak Doyok

Related Posts

Selepas 12 Hari, Alif Satar Kini Bebas Covid-19

04/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon popular, Alif Satar disahkan bebas Covid-19 dan dibenarkan keluar Hospital Melaka, kelmarin. Alif berkata,...

Ibu, Bapa, Adik, Pembantu Peribadi Alif Satar Positif Covid-19

23/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Ibu, bapa, adik bongsu dan pembantu peribadi Alif Satar turut disahkan positif Covid-19 hari ini selepas penyanyi...

Next Post

“Salah Ke Ambil Gambar Google?" - Soal Wak Doyok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd