• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Struktur Imigresen, Polis Akan Dirombak

oleh Ahmad Albab
17/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR — Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dirombak dan disusun semula berikutan struktur yang disifatkan ‘berserabut’, demikian kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, rombakan itu yang hanya dilakukan selepas berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberikan penjelasan, turut dibuat kerana kedua-dua jabatan itu menerima aduan paling tinggi daripada orang ramai, yang dikirakan perlu diselesaikan segera.

“Tujuannya tidak lain supaya peranan agensi-agensi di bawah kementerian kita berjalan mengikut dasar-dasar yang ditetapkan kerana kita (jabatan dan agensi KDN) berdepan berbagai-bagai tanggapan yang agak negatif.

Selaku menteri saya sedar perkara ini dan ia adalah satu perkara yang tidak baik dari sudut imej dan juga keyakinan dan kepercayaan rakyat jelata kepada KDN,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata rombakan itu juga diharap dapat memperbetul dan menyelesaikan beberapa kepincangan yang dikesan dalam agensi berkaitan sebelum ini antaranya berhubung proses pemutihan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Mengenai isu lain, beliau yakin polis akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangkap Jho Low, individu dipercayai suspek utama kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Arahan untuk menangkap Jho Low dan membawa balik beliau telah lama saya minta PDRM buat. Jadi, tunggulah…,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

Muhyiddin Sahkan Hadir Mesyuarat Putuskan Pengerusi PN Esok

21/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang...

Chong Wei Terkandas Di Paris

PRK KKB: PN Umum Calon Pada 25 April – Muhyiddin

21/04/2024
0

KUALA KUBU BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd