• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sikap Berlagak Maradona Bayangi Aksi Argentina

oleh Ahmad Albab
30/06/2018
dalam Gaya Hidup, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUENOS AIRES – Legenda Argentina, Diego Maradona sememangnya idola kontroversi, dipuja seperti Tuhan kerana kehebatannya pada Piala Dunia, namun kehidupannya pada pandangan awam terpisah antara rasa hormat dan penipuan.

Legenda berusia 57 tahun itu sekali lagi menjadi tajuk utama di Russia minggu ini apabila dirakam menunjukkan dua jari tengah kepada penyokong ketika kemenangan tipis Argentina mengatasi Nigeria pada saingan terakhir peringkat kumpulan.

“Dia merasakan rasa sayang orang Argentina terhadapnya terlalu hebat, hinggakan dia berkelakuan buruk, orang akan melihat sebaliknya,” kata ahli perniagaan berusia 55 tahun, Bruno Sollner.

Daniel Carballo, 56, bersetuju bahawa Maradona “bukanlah contoh, sekurang-kurangnya buat saya dan kebanyakan rakan dan keluarga, tidak.

“Ada perkara yang tidak boleh diterima, tetapi dia memang begitu,” kata Carballo.

Negara Amerika Selatan lain menganggap Argentina sebagai angkuh dan kelakuan Maradona yang bongkak dan menunjuk-nunjuk di khalayak tidak menggambarkan persembahan sukar dialami pasukan itu di Rusia.

“Dia bongkak, dia hilang kawalan kerana bongkak,” kata Sollner.

Maradona dipuja kerana jaringannya berdepan England pada Piala Dunia 1986, jaringan menipu dilakukan dengan tangan – dia mengatakan ia konon adalah “Tangan Tuhan”.

Satu lagi ketika dia mengatasi lima pertahanan England untuk menjaringkan gol yang disifatkan sebagai terhebat sepanjang zaman. – AFP/BH ONLINE

Tags: ArgentinaMaradona
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siapa Lim Guan Eng Biadab Mahu Jual Harta Najib

Next Post

Hayat Ibu Berakhir Selepas Ditikam Anak Kandung

Related Posts

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

24/08/2023
0

MOSCOW : Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi anggota baharu kumpulan BRICS (Brazil, Russia,...

Argentina Sahkan Kes Pertama Cacar Monyet Di Latin Amerika

28/05/2022
0

BUENOS AIRES : Argentina mengesahkan kes pertama cacar monyet di Amerika Latin membabitkan pengembara yang pulang selepas mengunjungi Sepanyol. Ikuti...

Next Post

Hayat Ibu Berakhir Selepas Ditikam Anak Kandung

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd