• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Akaun UMNO Mengikut Akta AMLA Tidak Wajar

oleh Ahmad Albab
30/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberukan akaun UMNO untuk disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) adalah tidak wajar kerana akta berkenaan tidak seharusnya digunakan untuk parti politik.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata ia seolah-olah memberi gambaran buruk bahawa hasil dana parti UMNO diperoleh daripada kegiatan jenayah.

“Kita di UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi sasaran seolah-olah pelaksanaan tindakan undang-undang sedangkan undang-undang yang digunakan tidak dirangka untuk parti politik.

“Ini kerana parti politik sememangnya memiliki dana politik yang diperoleh salah satunya daripada sumbangan dana dari pelbagai pihak, dalam pelbagai bentuk seperti cek dan tunai,” katanya kepada Bernama pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru, di sini, hari ini.

Shahrir berkata akta berkenaan seharusnya digunakan dalam menyiasat entiti yang terlibat di dalam kegiatan terorisme, dadah serta jenayah dan bukannya UMNO.

“Erti pengubahan wang haram adalah kegiatan ‘mencuci’ wang hasil jenayah untuk digunakan bagi tujuan lain yang sah. Jadi, saya melihat ada percanggahan undang-undang di situ.

“Adakah ini bermakna semua dana parti politik adalah hasil jenayah? Sampai ia perlu disiasat sebegitu?” katanya.

Menurut Shahrir, UMNO juga akan melihat lebih lanjut perkara ini dan akan mencari cara melalui undang-undang bagi mencabar pelaksanaan siasatan berkenaan.

“Kita pada hari ini masih sibuk dengan pemilihan pimpinan dan anggota jawatankuasa di peringkat bahagian dan pusat tetapi selepas ini kita akan tengok cara (perundangan) yang sesuai,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai pemilihan parti, beliau berkata setiap anggota UMNO yang dilantik menerajui parti selepas ini perlu kembali memantapkan perkhidmatan kepada rakyat yang selama ini merupakan punca kemenangan parti berkenaan.

“Kita (UMNO) ketika ini berada dalam keadaan yang mencabar, mencabar bukan kerana tidak mendapat sokongan, tetapi mencabar kerana ‘diserang’ dengan pelbagai serangan bukan sahaja kepada bekas Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi kepada UMNO itu sendiri.

“Asas kekuatan UMNO selama ini adalah perkhidmatan kepada masyarakat melalui kegiatan-kegiatan dan penglibatan di dalam masyarakat yang kita harus kukuhkan kembali dalam meraih sokongan rakyat,” jelasnya.

Menurut beliau, UMNO ketika ini juga telah diberikan peluang untuk lebih dekat kepada rakyat dan memainkan peranan dalam mengutarakan isu-isu yang dekat dengan masyarakat pada persidangan Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat. – BERNAMA

Tags: Akaun UMNOTan Sri Shahrir Abdul Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrir Pertahan Zahid, Bidas Pemimpin Desak Presiden Umno Letak Jawatan

16/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Pemimpin UMNO Tan Sri Shahrir Samad hari ini membidas tindakan beberapa bekas pemimpin kanan parti itu yang...

Shahrir Samad Disaman RM100 Juta Isu Tanah Felda

04/06/2018
0

SYARIKAT pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn. Bhd. memfailkan saman menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Tan Sri Shahrir Abdul Samad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd