• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrizat Tidak Pertahan Jawatan Ketua Wanita UMNO

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil serius suara lantang rakyat yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan dalam UMNO selain memberi peluang kepada muka baharu mengetuai sayap itu.

“Wanita UMNO mempunyai ramai pemimpin berpotensi terdiri daripada mereka yang berpengalaman mahupun mereka yang muda dan bertenaga.

“Saya yakin jika mereka diberi peluang untuk memimpin Wanita UMNO, mereka akan menjalankan tugas dengan baik terutama untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata keputusannya itu telah dimaklumkan pada Mesyuarat Exco sayap itu yang diadakan hari ini.

Shahrizat turut menyeru semua anggota Wanita UMNO terutama di peringkat akar umbi supaya mengekalkan semangat perjuangan selaku tulang belakang dalam parti.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada lebih 1.3 juta anggota Wanita UMNO kerana memberinya peluang, kepercayaan dan kesetiaan untuk memimpin pergerakan itu.

”Sokongan dan perpaduan ahli Wanita UMNO yang memungkinkan saya menjalankan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan.

“Saya ingin memohon ampun dan maaf jika dalam saya menjalankan tugas selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia, saya terkasar bahasa atau tersilap langkah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Shahrizat Abdul JalilWanita UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding jawatan...

Angkat Jawatan Ketua Wanita Setaraf Timbalan Presiden UMNO

05/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO mahu jawatan ketua sayap pergerakan itu diiktiraf dan diangkat setaraf jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ketuanya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd