• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahidan Saman ADUN Kuala Perlis RM10 Juta

oleh AK-47
11/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Azam Karap akui menerima notis saman bernilai RM10 juta dipercayai berkaitan kenyataannya berhubung isu pelantikan Menteri Besar Perlis sebelum ini.

Azam berkata, saman itu diterima pihaknya daripada peguam yang mewakili Ahli Parlimen Arau yang juga Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim beberapa hari lalu.

Azam yang kelihatan tenang ketika ditanya lanjut berkaitan isu saman terbabit enggan mendedahkan kandungan terperinci namun beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk tindakan balas.

“Saya baharu sahaja menerima saman bernilai RM10 juta daripada peguam Datuk Seri Shahidan beberapa hari lalu, dan saya sudah pun melakukan perbincangan dengan peguam peribadi saya untuk tindakan lanjut.

“Saman terbabit dipercayai ada kaitan dengan laporan polis yang pernah saya buat berkaitan isu pelantikan Menteri Besar Perlis sebelum ini, iaitu merujuk kepada sidang media oleh pihak beliau (Shahidan) yang seolah-olah berbau penghinaan terhadap institusi Raja Perlis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis meraikan asnaf dan anak yatim anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kawasan Kangar di Kangar malam tadi membabitkan 100 orang asnaf dari kawasan Parlimen Kangar.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kangar, Amin Ahmad dan ADUN Kawasan Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Menurut Azam, inilah dugaan besar pertama yang harus ditempuh sebagai seorang wakil rakyat namun tetap yakin berada di pihak yang benar malah akan dapat menyelesaikannya secara baik.

“Saya sudah lihat surat saman terbabit yang ditunjukkan pihak peguam saya dan akan bertindak dalam tempoh 14 hari seperti yang diberikan pihak yang menuntut,” katanya.

Difahamkan notis saman RM10 juta itu susulan tindakan Azam yang membuat laporan polis terhadap Shahidan dan sembilan ADUN BN kerana menghina Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dalam isu perlantikan Menteri Besar negeri itu pada 25 Mei lalu. – myMetro Online

Tags: adunDisaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd