• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senegal Cipta Sejarah Negara Afrika Pertama Menang

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Senegal menjadi pasukan Afrika pertama merekodkan kemenangan pada Piala Dunia 2018 apabila menewaskan Poland 2-1 dalam aksi sulung Kumpulan H, sebentar tadi.

Pasukan yang popular ketika menewaskan Perancis pada aksi pertama Piala Dunia 2002 itu mendahului perlawanan menerusi jaringan ke gawang sendiri pemain pertahanan Poland, Thiago Cionek pada minit ke-37.

Senegal menambah gol kedua menerusi Mbaye Niang yang memanfaatkan kesilapan pemain tengah Poland, Grzegorz Krychowiak yang melakukan hantaran ke belakang.

Ia berlaku ketika penjaga gol pasukan itu, Wojciech Szczesny gagal mengawal keadaan apabila dia juga sudah keluar daripada kotak penalti pada minit ke-60.

Bagaimanapun, Krychowiak menebus kesilapannya apabila menjaringkan gol buat Poland bagi merapatkan jurang pada mint ke-86 namun jaringan berkenaan dianggap sudah terlambat bagi menghalang tiga mata diraih Senegal.

Keputusan itu menyaksikan Senegal kini berkongsi mata dengan Jepun dalam Kumpulan H. Jepun turut melakar kemenangan dalam perlawanan mereka apabila menewaskan Colombia 2-1.

Senegal akan bertemu Jepun pada Ahad manakala Poland akan menentang Colombia. – Reuters 

Tags: Piala Dunia 2018Senegal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir, Macky Sall Adakan Pertemuan Di Dakar

17/01/2019
0

DAKAR - Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Presiden Senegal, Macky Sall sejurus selepas ketibaan beliau...

‘Pussy Riot’ Ganggu Final Piala Dunia

16/07/2018
0

MOSCOW - Perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis dan Croatia sedikit terganggu apabila empat individu termasuk dua wanita memasuki padang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd