• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semarakkan Perpaduan Menerusi Hari Raya

oleh Ahmad Albab
13/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, menggesa rakyat memanfaatkan sambutan Aidilfitri untuk terus menyemarakkan semangat perpaduan di negeri ini.

Katanya, antara yang boleh dilakukan adalah dengan meneruskan tradisi kunjung-mengunjung yang dapat merapatkan silaturahim bukan hanya dalam kalangan saudara-mara, tetapi juga masyarakat berbilang kaum.

“Salah satu punca utama berlangsungnya kestabilan politik dan keutuhan ekonomi negara selama ini adalah kerana wujudnya semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan kita.

“Semangat seperti ini hendaklah terus dijelmakan dalam kehidupan seharian termasuklah semasa menyambut perayaan,” katanya dalam ucapan Hari Raya pertama beliau sebagai menteri besar yang diedarkan kepada media di sini, hari ini.

Wan Rosdy seterusnya menjemput rakyat Pahang untuk memeriahkan rumah terbuka Menteri Besar Pahang pada Hari Raya pertama di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, bermula pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari.

Selain itu, beliau juga menasihatkan rakyat untuk berbelanja mengikut kemampuan atau ‘mengukur baju di badan sendiri’ dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri.

Katanya, tindakan berbelanja seperti itu bukan sahaja bertujuan memeriahkan Hari Raya, tetapi secara tidak langsung rakyat dapat membantu merancakkan semula ekonomi negara.

“Kerajaan negeri akan terus berusaha dengan apa juga sumbangan yang boleh diberikan untuk memastikan ekonomi negeri dan juga negara kembali sihat,” katanya.

Wan Rosdy yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai menambah usaha itu termasuklah menjalin hubungan erat dengan kerajaan persekutuan bagi memastikan kesejahteraan rakyat Pahang terus terjaga.

Pada perutusan itu, beliau turut berterima kasih kepada semua anggota keselamatan dan pihak terlibat yang bertugas pada sambutan Aidilfitri tahun ini untuk memastikan rakyat dapat berhari raya dengan selesa dan aman. – BERNAMA

Tags: Hari RayaMB Pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MB, Exco Pahang Berdepan Tuntutan RM3 Juta

01/04/2022
0

PETALING JAYA : Bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad menuntut permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi RM3 juta...

Ketupat Palas Laris Di Hari Raya

21/08/2018
0

ALOR SETAR - Menjadi tradisi masyarakat di negeri ini menghidangkan ketupat daun palas sebagai antara juadah utama setiap kali hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd