• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Faham Perasaan Syafiq” – Shukri Yahaya

oleh
07/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA anda masih ingat, pelakon Shukri Yahaya juga pernah mengalami nasib buruk yang hampir sama dengan apa yang menimpa hero drama Bila Hati Berbicara iaitu Syafiq Kyle.

Dakwaan kononnya dia menggoda seorang wanita melalui aplikasi di laman sosial sebelum ini sedikit sebanyak menyebabkan pelbagai tuduhan tidak benar membelenggu dirinya.

Menafikan perkara seperti itu berlaku, kata Shukri, dia mengakui masih terkesan dengan insiden terbabit malah mengambil masa yang lama untuk memadam episod hitam itu biarpun sudah setahun berlalu.

Pelakon, Shukri Yahaya.

Menurutnya, sejarah hitam itu banyak mematangkan diri dan membuatkan dia lebih berhati-hati supaya tidak berulang kembali. Malah, dia juga memahami perasaan Syafiq terkait dalam kontroversi isu rakaman video lucah yang menjadi tular di media sosial, minggu lalu.

“Saya banyak habiskan masa dengan bekerja untuk melupakan insiden itu. Sejak itu, saya jadi semakin berhati-hati supaya tidak lagi terkait dengan isu yang aibkan diri dan nama baik keluarga.

“Apabila perkara yang sama berlaku kepada artis lain, saya turut merasainya. Sama seperti Syafiq, saya juga berdepan kontroversi itu pada bulan mulia. Sedikit-sebanyak saya memahami perasaannya dan berharap dia tabah mengharungi dugaan itu,” katanya dipetik BH Online.

Shukri Bersama Isteri, Tya Adnan.

Bimbang insiden yang sama berulang, Shukri berkata selepas insiden itu dia juga berdepan cabaran untuk memulihkan kembali kepercayaan isterinya iaitu Tya Adnan.

“Saya ambil masa yang lama untuk meyakinkan isteri supaya mempercayai saya. Sepanjang tempoh itu, saya banyak berdiam diri dan bermuhasabah. Jika boleh dipadamkan, sudah lama saya melakukannya. Saya tidak mahu orang ramai mengingatinya lagi.

“Ketika itu, saya sangat tertekan apabila ramai yang bertanya. Saya keberatan menghadiri majlis hiburan dan acara tertentu kerana bimbang perkara itu diungkit. Nama saya terjejas, namun Alhamdulillah saya mendapat banyak sokongan untuk kembali bangkit,” ujarnya lagi.

Pelakon, Syafiq Kyle.

Imbas kembali, Shukri pernah terpalit dalam kontroversi mengaitkan namanya dengan seorang wanita yang mendakwa dirinya sering diganggu dengan mesej tidak senonoh dikirim oleh aktor itu menerusi aplikasi WeChat.

Dakwa wanita itu lagi, Shukri juga pernah memintanya menghantar gambar aset peribadi selain berhubung melalui panggilan video.

Pun begitu, pelakon yang popular menerusi drama 7 Hari Mencintaimu ini menafikan semua dakwaan tersebut dan mengatakan wanita berkenaan sengaja ingin mencari publisiti murahan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: shukri yahayaSyafiq Kyletya adnan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengusaha Grab Harap APAD Bela Nasib Mereka

Next Post

Carousell Perkenal Kaedah Pembayaran Baharu

Related Posts

“Kau Setuju Ke Kalau Aku Terajang Kau Betul-Betul?”

18/10/2018
0

PELAKON Shukri Yahaya meluahkan rasa berang terhadap pelakon baharu yang tidak tahu menggunakan teknik lakonan dalam babak pukul dengan cara...

“Rebah & Pendarahan Otak… Mulanya Sangka Suami Gurau”

20/09/2018
0

IBU kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman terkejut apabila suaminya iaitu Abdul Razak Husin tiba-tiba rebah di majlis ramah...

Next Post

Carousell Perkenal Kaedah Pembayaran Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd