• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran Bunuh Guru Agama, Cerdik Pandai Rohingya

oleh
06/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMBUNUHAN etnik rohingnya oleh rejim Myanmar menyasarkan kepada golongan agama dan cerdik pandai.

Kenyataan tersebut telah didedahkan sendiri oleh komuniti rohingnya apabila golongan agama dan cerdik pandai ini menjadi sasaran utama untuk dibunuh.

Lapor berita tempatan, mereka menjadi sasaran utama sebagai satu cara rejim Myanmar dapat menyekat pemimpin masyarakat Rohingnya yang berani bersuara dan menunjukkan perasaan.

Menurut mereka yang mempelajari taktik genosid tentera Myanmar, taktik yang digunakan adalah cara lama yang sering menjadi sasaran terawal untuk dibunuh.

Berikutan itu, puluhan guru awam, guru agama dan orang tua etnik Rohingya yang melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh, memberitahu bahawa mereka telah diasingkan dan disasarkan oleh pasukan keselamatan.

Dalam pada itu, seorang guru Sains dan Matematik sebuah sekolah menengah dikenali sebagai Rahim berkata, dia dikenali ramai askar kerana mengajar anak-anak mereka.

Ketika terserempak dengan tentera Myanmar, Rahim segera menyembunyikan diri mengelak keadaan berbahaya.

“Saya tahu saya mati jika saya ditangkap, mereka memburu saya.

“Mereka tahu bahawa saya akan sentiasa bersuara untuk rakyat, mereka mahu memusnahkan kami kerana mereka tahu bahawa tanpa kami, mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahukan terhadap warga Rohingya yang lain,” katanya.

Berdassarkan temubual dengan kira-kira 65 pelarian oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB (OHCHR) menunjukkan bahawa pasukan keselamatan Myanmar mahu menghapuskan guru, pemimpin kebudayaan dan agama, dan pengaruh asing dalam komuniti Rohingya.

Hal tersebut sengaja dilakukan sebagai usaha memadamkan sejarah, budaya dan pengetahuan etnik itu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: Guru AgamaRohingnyaTentera Myanmar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Myanmar Bom Perkampungan Karen

Tentera Myanmar Bom Perkampungan Karen

04/07/2022
0

BANGKOK – Dua penduduk terbunuh, tiga cedera, manakala 92 lagi melarikan diri ke Thailand apabila pesawat pejuang tentera Myanmar mengebom...

Tentera Myanmar Didakwa Jadikan Kanak-kanak Tebusan

28/02/2022
0

YANGON: Sekumpulan orang awam, termasuk sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak didakwa dijadikan tebusan oleh tentera Myanmar selama dua hari ketika bertempur dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd