PEMAIN tengah Iceland berambut perang menjadi bintang sensasi di media sosial apabila berjaya menarik lebih ramai pengikut berbanding jumlah penduduk yang dimiliki negara berkenaan selepas seri 1-1 dengan Argentina dalam aksi sulung Piala Dunia.
Rurik Gislason masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan dan kelibatnya berjaya mencuri tumpuan seluruh dunia kerana memiliki wajah yang dikatakan comel.

Sebelum dia turun beraksi dengan tugas mengawal pergerakan Lionel Messi dan rakan-rakannya, akaun Instagram miliknya hanya mempunyai 30,000 pengikut.
Namun, ia meningkat dalam sekelip mata sejurus selepas perlawanan itu tamat yang menyaksikan dia mempunyai 250,000 pengikut di Instagram dan jumlah itu terus meningkat kepada hampir setengah juta pengikut setakat hari ini.

“Bagaimana dia boleh mempunyai wajah yang comel seperti itu,” tulis aktres popular Brazil, Gabriela Lopes di Instagramnya.
Di Twitter, hashtag #sexyrurik menjadi sohor kini, dengan kebanyakkannya datang dari benua Amerika Selatan. – AFP

