• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Rendah Berbanding Dolar US Dagangan Awal

oleh Ahmad Albab
12/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini berikutan dijangka minggu ini yang paling sibuk bagi pasaran, susulan mesyuarat bank pusat global, selain sidang kemuncak bersejarah antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Pada 9.07 pagi, ringgit disebut pada 3.9810/9850 daripada 3.9870/9900 semasa ditutup pada Jumaat.

Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes berkata walaupun pasaran menumpukan kepada aliran masuk ekuiti, ia banyak bergantung kepada hasil daripada sidang kemuncak Trump -Kim di Singapura.

“Bagaimanapun, perkara utama adalah mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) dan Bank Pusat Eropah (ECB),” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata hasil mesyuarat Fed yang memihak kepada kadar faedah tinggi akan memberi kesan kepada pasaran sedang pesat membangun dan risiko di peringkat tempatan, berikutan dolar akan meningkat, dan walaupun pendirian ECB kurang memberi kesan, tetapi dapat mempengaruhi pasaran.

Sementara itu, tarikh akhir White House untuk memuktamadkan tarif ke atas barangan dari China adalah pada 15 Jun dan Fed dijangka mengumumkan kenaikan kadar faedah pada Rabu.

Langkah ini akan memberi impak yang ketara kepada mata wang sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

Unit tempatan turut diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9845/9877 daripada 2.9836/9881 pada Jumaat dan merosot berbanding euro kepada 4.6968/7019 daripada 4.6903/6946.

Ringgit, bagaimanapun, mengukuh berbanding yen kepada 3.6353/6399 daripada 3.6468/6505 dan naik berbanding pound British kepada 5.341383483 daripada 5.3482/3534. – BERNAMA

Tags: ringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd