• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
22/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini berikutan pengukuhan mata wang negara maju itu akibat meningkatnya sentimen optimis mengenai kadar faedah yang lebih tinggi di negara tersebut, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi ini, ringgit disebut harga pada 4.0060/4.0090 berbanding dolar AS daripada paras 4.0040/0070 sewaktu ditutup semalam.

Dolar AS yang disifatkan sebagai mata wang selamat, turut mencecah ke paras tertinggi dalam tempoh 11 bulan malam tadi berikutan pulangan bon AS yang lebih tinggi.

Peniaga itu berkata, ketegangan dagangan antara AS dan China yang menyebabkan penggiat pasaran mengelak risiko, terutamanya bagi mata wang negara membangun, akan terus memberi tekanan terhadap sentimen pelabur pada hari ini.

Selain itu, berbanding mata wang lainnya, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah kecuali yen Jepun yang meningkat kepada 3.6290/6327 berbanding 3.6354/6391 pada Rabu.

Ringgit turut susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9473/9504 daripada 2.9465/9491, rendah berbanding pound Britain kepada 5.2751/2807 daripada 5.2677/2720 dan merosot berbanding euro kepada 4.6357/6404 daripada 4.6298/6349. – BERNAMA

Tags: ringgit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd