• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Ditutup Tidak Berubah Berbanding Dolar US

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar US hari ini walaupun data perdagangan Malaysia yang menggalakan pada April, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, unit tempatan itu berada pada 3.9700/9750 berbanding 3.9700/ 9740 bagi setiap dolar US ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Perdagangan di Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, dasar fiskal yang tidak menentu kerajaan memberi impak besar kepada mata wang tempatan berbanding data perdagangan positif.

“Tumpuan pasaran pada masa ini adalah kuantum Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang akan dilaksana sebagai ganti Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang telah dimansuhkan pada 1 Jun.

“Sudah pasti, semua tertumpu kepada perkembangan siasatan 1Malaysia Development Bhd,” katanya kepada Bernama.

Jumlah dagangan pada April melonjak 11.7 peratus tahun ke tahun kepada RM155.42 bilion berbanding penurunan 3.5 peratus pada Mac.

Sementara itu, Ketua Strategi Mata Wang & Penyelidikan Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata, permintaan yang lebih tinggi bagi dolar US juga memberi wajaran kepada ringgit di tengah laporan imbangan perdagangan yang mengagumkan, yang beliau berpendapat akan membantu menyediakan momentum positif bagi laporan suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Unit tempatan itu, bagaimanapun, diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang asing lain.

Ia merosot sedikit berbanding dolar Singapura kepada 2.9749/9791 daripada 2.9747/9781 pada Isnin tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.6163/6219 daripada 3.6213/6259 semalam.

Ringgit menokok berbanding pound Britain kepada 5.315/3197 daripada 5.3146/3208 dan menambah berbanding euro kepada 4.6453/6523 daripada 4.6564/6619 semalam. – BERNAMA

Tags: ringgit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 3.94 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir 2026 – AmBank

23/01/2026
0

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil pada separuh pertama 2026 sebelum hampiri paras 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua...

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

Ringgit Mengukuh Bukti Dasar Kerajaan Berhasil – Rafizi

06/08/2024
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegaskan prestasi mata wang negara yang mengukuh membuktikan hala tuju dan dasar kerajaan sedang berhasil. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd