• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini selepas mengukuh semalam berikutan pemulihan minat terhadap risiko global, kata seorang peniaga.

Pada 9.04 pagi ini, ringgit disebut pada 3.9780/9810 berbanding 3.9780/9820 sewaktu ditutup semalam.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata pasaran bon Malaysia mencatat perkembangan menggalakkan turut memberi kesan terhadap ringgit selepas susut sebelum ini.

“Namun, ia tidak mencetuskan minat secara ketara baik di peringkat tempatan serta asing. Memandangkan dagangan ringgit amat sensitif terhadap sentimen risiko global, kita menjangkakan bahawa dolar AS akan lebih rendah berbanding ringgit dengan sokongan hanya sekurang-kurangnya sewaktu sesi (dagangan) Asia,” katanya.

Menurut Innes, walaupun kalangan peniaga maklum mengenai ikrar kerajaan memenuhi sasaran defisitnya, apa yang lebih diutamakan kalangan peniaga asing khususnya adalah sejauh mana tindakan itu mampu membuahkan hasil.

Selain itu, ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang lain.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2860/2907 daripada 5.3059/3116 dan tinggi berbanding euro pada 4.6515/6562 daripada 4.6551/6505 pada Khamis.

Ia turut tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9720/9753 daripada 2.9749/9785 dan meningkat berbanding yen kepada 3.6512/6550 daripada 3.6542/6589, semalam. – BERNAMA

Tags: bursa malaysiaRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd