• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkosa Bekas Teman Lelaki Sambil Pegang Parang

oleh Ahmad Albab
28/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GANAS… Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun pecah masuk rumah bekas teman lelakinya sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks selepas ancam lelaki itu dengan parang.

Samantha Mears, 19, menghadapi tuduhan memecah masuk, menyerang menggunakan senjata, dan menahan secara salah dalam kejadian di Great Falls, Montana, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Menurut laporan DailyMail, berdasarkan kertas pertuduhan, Samantha memasuki rumah bekas teman lelakinya itu dan menunggu mangsa pulang.

Menurut laporan KFPP, sebaik lelaki itu memasuki rumah, dia menyerbu dari belakang dengan bersenjatakan parang, mengarahkan mangsa membuka pakaian dan naik ke katil.

Dalam aduannya, mangsa mendakwa dia terpaksa mengikut arahan wanita itu kerana bimbangkan keselamatannya.

Samantha kemudian membuka pakaian dan melakukan hubungan seks dengan mangsa sambil memegang parang.

Menurut laporan Great Falls Tribune, wanita itu dan mangsa bertengkar menyebabkan Samantha berang lalu menetak dinding serta kencing di atas tilam.

Mangsa berjaya menghubungi talian kecemasan 911 selepas memberi alasan mahu keluar untuk menelefon rakan.

Apabila polis tiba, Samantha mendakwa diculik bekas teman lelaki yang memberinya parang bagi melindungi dirinya.

Anggota polis terbabit mengesyaki wanita itu mengalami gangguan mental dan kelihatan keliru. – Agensi/myMetro Online

Tags: kes rogolteman lelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd