• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reezal Merican Umum Pertahan Jawatan MT UMNO

oleh
12/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHU kekal menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO kali ini, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membayangkan akan kekal bertanding untuk jawatan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga UMNO negeri berkata, beliau akan mengisi borang percalonan tersebut dalam tempoh terdekat.

“Saya tak buat secara rasmi lagi (pencalonan) tapi, melihat kepada keadaan sekarang, memang sekurang-kurangnya wajar untuk saya mempertahankan jawatan tersebut (MT) sekiranya terpilih.

“Pertamanya, kita perlukan suara untuk Pulau Pinang memandangkan UMNO hanya memiliki dua kerusi Parlimen di sini. Kedua pula, saya memang telah memegang jawatan ini dan ketiga, saya melihat suara UMNO lebih bergema di Parlimen (memiliki 54 kerusi),” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita tempatan selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada hampir 200 penerima di sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas, semalam.

Tambah Reezal Merican, beliau enggan menawarkan diri untuk bertanding jawatan lebih tinggi buat masa ini kerana khuatir ‘mesej’ yang akan dibawa tidak dapat disampaikan.

“Kalau terlalu ramai (bertanding jawatan tertinggi) dan masing-masing mahu membawa ‘formula’ mereka sendiri, saya bimbang keadaan akan menjadi ‘caca-merba’.

“Jadi, lebih baik saya kekal (sebagai ahli MT) jika terpilih,” jelasnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MT UMNOReezal Merican
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

MT UMNO Mesyuarat Malam Ini – Onn Hafiz

MT UMNO Mesyuarat Malam Ini – Onn Hafiz

21/11/2022
0

PETALING JAYA : Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijangka mengadakan perbincangan pada malam ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembentukan kerajaan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd