• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rebat Ditamatkan, Tarif Bil Elektrik Naik Mulai 1 Julai

oleh
30/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIL NAIK… Tarif elek­trik lebih 300kWj sebulan bakal terkesan ekoran keputusan Suru­hanjaya Tenaga mengenakan surcaj tambahan sebanyak 1.35 sen/kWj bermula 1 Julai sehingga 31 Disember.

Menurut laporan media tempatan, suruhanjaya berkenaan dalam satu kenyataan di Putrajaya semalam memberitahu, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kos bahan api dan penjanaan elektrik yang tinggi.

Malah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menetapkan surcaj tambahan iaitu kos tidak berimbang (ICPT) tersebut harus dikecualikan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh enam bulan akan datang mulai tarikh esok.

Ini bermakna rebat seba­nyak 1.52 sen/kilowat per jam (kWj) yang telah diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada semua pengguna di Semenanjung dalam tempoh enam bulan dahulu akan tamat berkuat kuasa 30 Jun.

Kenyataan Suruhanjaya Tenaga menambah, pada masa sama rebat untuk pengguna elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada kadar 1.20 sen/kWj turut ditamatkan berkuat kuasa untuk tempoh waktu yang sama.

Katanya, kerajaan PH juga memutuskan supaya peningkatan kos sebanyak 1.35 sen/kWj dilepaskan dalam bentuk ICPT kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung bagi sepanjang tempoh separuh kedua 2018.

“Dari Januari hingga Jun 2018, didapati harga bahan api arang batu telah me­ning­kat kepada AS$91.66 (RM370.17) satu tan metrik berbanding harga yang diunjurkan dalam tarif asas iaitu AS$75 (RM302.89) satu tan metrik.

“Kenaikan bagi tempoh enam bulan pertama 2018 ini merupakan faktor utama yang menyebabkan kos penjanaan sebenar me­ningkat sebanyak RM698.19 juta bersamaan 1.35 sen/kWj,’’ kata­nya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Lucunya, kerajaan PH menurut Suruhanjaya Tenaga turut me­ne­tapkan supaya surcaj ICPT dikecualikan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh sama untuk mengelakkan kemarahan rakyat marhaen terhadap mereka.

“Bagi pengguna domestik de­ngan penggunaan elektrik mele­bihi daripada 300 kWj, akan meng­alami penurunan atau kenaikan minimum dalam bil elektrik mereka iaitu dianggarkan antara sembilan sen hingga RM4.89 sebulan.

“Ini ambil kira pelaksana­an kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah bermula sejak 1 Jun,” kata suruhanjaya itu tanpa merujuk pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mulai 1 September ini.

ICPT adalah untuk melepaskan apa-apa kos tidak berimbang iaitu perbezaan antara kos sebenar bahan api serta kos lain penjanaan yang didapati munasabah dan berasa di luar kawalan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Formula berkenaan menetapkan kos unjuran yang diguna pakai dalam penetapan tarif asas bagi tempoh enam bulan sebelumnya. Pelarasan ICPT namun tidak melibatkan pengguna domestik dengan penggunaan tidak lebih 300 kWj.

Dalam pada itu, kerajaan PH bersetuju meneruskan pelaksanaan kerangka kerja kawal selia ber­­a­sas­kan insentif (IBR) bagi pene­tapan dan pelarasan tarif elektrik TNB untuk tempoh kawal selia tiga tahun yang kedua.

“Ia bermula 2018 hingga 2020. Di bawah IBR, tarif elektrik ada dua komponen utama iaitu tarif asas yang tidak berubah dalam tempoh kawal selia dan mekanisme ICPT dalam bentuk rebat atau pun surcaj dalam tarif pengguna.

“Ini dilaksanakan setiap enam bulan,” jelas Suruhanjaya Tenaga serta menjelaskan pelaksanaan IBR di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang sepatutnya bermula Julai ditangguhkan kepada 1 Januari 2019. – Mynewshub.tv

Tags: elektrikTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd