• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rambutan Buah Berkhasiat Kaya Gula Rendah Kalori

oleh Haris
16/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMBUTAN bukan sahaja menjadi buah kegemaran sebahagian besar rakyat Malaysia, tetapi juga terkenal dalam kalangan penduduk rantau Asia Tenggara.

Malahan, buah tersebut pernah disebut sebagai buah paling eksotik di dunia berdasarkan rupanya yang cukup menarik.

Nama botani buah tersebut dikenali sebagai Nephelium Lappaceum dan merupakan sejenis buah tropika yang dipercayai berasal daripada negara jiran, Indonesia.

Buah kegemaran ramai itu turut ditanam di kebanyakan tempat di kawasan tropika termasuklah Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, India, Sri Lanka, Ecuador, Afrika, kepulauan Carribean, Amerika Tengah dan Australia.

Buah rambutan biasanya sedap dimakan begitu sahaja. Bagaimanapun, buahnya juga boleh diproses dan ditinkan serta boleh guna digunakan dalam hidangan salad.

Bukan sahaja isinya yang menjadi kegemaran ramai, malah bijinya juga boleh digunakan semula. Sebagai contoh di Filipina, biji buah rambutan biasanya dipanggang dan dihidangkan sebagai hidangan sampingan.

Untuk pengetahuan, buah rambutan mengandungi karbohidrat, protein, lemak, fosforus, zat besi, kalsium, vitamin C, vitamin A, kalsium, magnesium, sodium, zink, niasin dan serat.

Selain itu, buahnya juga kaya dengan gula terutama sukrosa dan fruktosa tetapi rendah dengan kalori iaitu hanya 60 kalori bagi sebiji buah Rambutan.

Buah rambutan yang sinonim dengan orang ramai adalah berwarna merah, namun begitu, ada juga buahnya yang berwarna kuning.

Kulit rambutan yang berbulu perlu dikopek bagi mendapatkan buahnya yang berwarna keputihan. Rasa buah ini amat manis walaupun terdapat juga buahnya yang jenis masam.

Rambutan adalah sejenis tanaman serbaguna di mana semua bahagian dari tanaman ini, kulit, daun, biji, sehinggalah akar boleh dijadikan sebagai ubat.

Bijinya yang berwarna coklat dikatakan kaya dengan lemak dan minyak yang bernilai kepada industri dan sering digunakan dalam masakan dan juga penghasilan sabun.

Akar, kulit dan daun rambutan pula mempunyai pelbagai kegunaan dalam penghasilan pewarna dan ubat.

Selain itu, biji rambutan juga dikatakan boleh digunakan sebagai ramuan bagi mengurangkan lemak badan dan melembutkan kulit muka.

Caranya adalah dengan menghancurkan bijinya dan kemudian dicampurkan dengan makanan lain sebelum dimakan.

Manakala, daun pokok rambutan pula dikatakan mampu digunakan untuk tujuan penjagaan rambut dan mengatasi masalah rambut beruban. Cara untuk menggunakannya adalah dengan mengambil beberapa helai daun dan tumbuknya sehingga hancur.

Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga rata. Tapis ramuan itu dan kemudian ambil airnya dan sapu kepada kulit kepala. Lakukan setiap hari bagi mendapatkan keputusan yang diinginkan.

Selain itu, biji rambutan juga dikatakan mampu digunakan sebagai ubat untuk merawat penyakit diabetes.

Caranya adalah dengan mengambil biji rambutan yang sudah dikeringkan dan kemudiannya ditumbuk hancur sebelum dicampurkan dengan air minuman biasa.

Penghidap diabetes boleh cuba mengamalkan minuman air ramuan itu sebanyak satu hingga dua kali sehari.

Dalam pada itu, kulit rambutan yang telah dikeringkan mampu digunakan sebagai ubat bagi menyembuhkan demam.

Caranya adalah dengan merebus kulit buah rambutan itu di dalam air mendidih selama 15 minit. Selepas airnya sejuk, tapis dan kemudian minumnya sebanyak tiga kali sehari.

Seperti yang telah diterangkan, buah rambutan ini mempunyai banyak kegunaan dan kelebihannya. Jadi, jika anda makan rambutan selepas ini, jangan lupa cuba gunakan tips-tips di atas. – MP/MYNEWSHUB.CC

Tags: khasiatrambutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ternyata 6 Jenis Minuman Ini Bantu Reda Stres

Next Post

3 Jambatan Ini Paling Unik Dan Popular Di Dunia

Related Posts

Tak Praktikal Nelayan Tanam Nanas, Rambutan Di Kawasan Rumah

16/08/2018
0

ALOR SETAR - Agak mengejutkan apabila Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan agar golongan nelayan mengusahakan tanaman nanas MD2...

Beras Merah Lebih Khasiat Berbanding Beras Putih

19/06/2018
0

NASI merupakan makanan ruji masyarakat Malaysia dan telah sinonim dengan diet yang diamalkan oleh rakyat berbilang bangsa negara ini terutamanya...

Next Post

3 Jambatan Ini Paling Unik Dan Popular Di Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd