• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Calon Bertanding, Tawar Pilihan Terbaik

oleh Ahmad Albab
20/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan jumlah calon yang ramai untuk bertanding pelbagai jawatan dalam pemilihan parti 30 Jun ini akan menawarkan “pilihan terbaik” kepada anggota parti.

Beliau berkata perwakilan berpeluang ‘membuat pilihan terbaik’ daripada senarai calon yang bertanding untuk menerajui UMNO.

“Ibu pejabat telah mengaturkan pertemuan semua calon daripada semua peringkat untuk pergi ke negeri-negeri bagi memberi peluang kepada calon untuk memperkenalkan diri… ini juga membolehkan mereka mengenali perwakilan seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas dan Jamuan Hari Raya anjuran UMNO Pahang di Dewan Tun Razak di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang diadakan secara tertutup itu ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan timbalannya Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin serta barisan kepimpinan UMNO negeri.

Hadir sama dua calon timbalan presiden iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan dan Tan Sri Annuar Musa, empat daripada tujuh calon naib presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta calon Ketua Wanita Datuk Noraini Ahmad.

Ahmad Zahid yang akan bertanding bagi jawatan nombor satu parti berkata Pahang merupakan destinasi pertama beliau dalam ‘berkempen’ dan akan diteruskan ke negeri-negeri lain dalam tempoh yang masih berbaki kira-kira 10 hari sebelum hari pemilihan.

Ketika diminta mengulas cabaran calon bagi jawatan presiden parti Tengku Razaleigh Hamzah untuk berdebat, Ahmad Zahid hanya menjawab ringkas “Tidak apalah… itu cadangan daripada dia (Tengku Razaleigh) sahaja”.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li dalam satu wawancara di televisyen semalam, ‘mencabar’ Ahmad Zahid dan seorang lagi calon bagi jawatan presiden parti Khairy Jamaluddin untuk berdebat sebelum pemilihan parti.

Ku Li dilaporkan sebagai berkata tindakan berani beliau membuat penjelasan terhadap sesuatu isu seharusnya diikuti calon lain yang berhasrat untuk merebut jawatan yang ditinggalkan Datuk Seri Najib Tun Razak itu. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd