• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Artis Kena Tipu, Mawar Mula Tuntut Keadilan

oleh
21/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DISEBABKAN terdapat bayaran tertunggak yang terpaksa ditanggung oleh pelakon Mawar Rashid, dia kini bertekad untuk membuat laporan polis.

Ini bagi menuntut bayaran berkenaan daripada individu terbabit yang dikenalinya serta menjadi orang tengah untuk satu kempen promosi pada tahun lalu.

Menurut Mawar dia masih lagi menantikan individu berkenaan untuk melunaskan bayaran sebanyak RM15,000 selepas urusan berkaitan kempen berkenaan telah diselesaikan sekitar Oktober lalu.

“Perkara ini sudah berlarutan sejak hampir sembilan bulan lalu. Setiap kali ditanya, dia akan memberikan pelbagai alasan, termasuk mendakwa masih belum menerima bayaran daripada klien.

“Perkara itu membuatkan wakil pengurusan saya bertanyakan terus kepada klien untuk mengetahui kedudukan sebenar.

“Kami dimaklumkan bayaran penuh sudah dijelaskan kepada individu yang menjadi ejen menguruskannya,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 23 tahun itu turut memaklumkan bahawa antara selebriti lain yang turut menjadi mangsa ialah Raja Ilya, Izzue Islam dan Chacha Maembong.

Walaupun baru-baru ini pengurusnya telah menerima mesej daripada individu berkenaan tetapi masih tiada bayaran yang diterima seperti yang dijanjikan olehnya.

“Sebagai langkah keselamatan, saya ambil keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang, Shah Alam.

“Saya berharap dia dapat menunaikan janjinya memandangkan sudah lama saya menanti bayaran itu. Kasihanilah saya yang bertungkus-lumus bekerja,” ujarnya lagi.

Semalam, laporan polis telah berjaya dilakukan oleh Mawar dan Raya Ilya di Balai Polis Kampung Baru Subang, Petaling Jaya, Selangor. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Mawar RashidNETIZZEN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mawar Nafi Kenal, Hutang Plaintif

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Usahawan Mawar Abdul Karim menafikan mengenali atau pernah berurusan dengan individu yang mendakwa memberi pinjaman RM720,000 kepadanya....

Mawar Rashid Hamil Anak Sulung?

01/08/2018
0

TAHNIAH diucapkan kepada Mawar Rashid dan suami yang bakal menimang cahaya mata pertama selepas mendirikan rumah tangga December lalu. Menerusi Instagram, Mawar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd