• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putin Jemput Blatter Ke Piala Dunia

oleh AK-47
13/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Bekas presiden FIFA yang digantung, Sepp Blatter menerima jemputan terbuka daripada Presiden, Vladimir Putin untuk menghadiri kejohanan Piala Dunia di Russia dan berminat untuk menerimanya, kata jurucakap Blatter, Thomas Renggli.

Blatter, yang mengemudi badan induk itu selama 17 tahun, digantung daripada sebarang aktiviti sukan selama enam tahun atas dakwaan salah laku etika pada 2015 membabitkan skandal rasuah terbesar yang memalukan FIFA.

Beberapa pegawai daripada badan induk itu dibicarakan oleh Amerika Syarikat dan Switzerland, manakala Blatter terselamat dan menafikan menyalahgunakan kuasa.

Kehadiran bekas pemimpin berusia 82 tahun ini akan meletakkan beliau hampir dengan pencabarnya, Gianni Infantino, yang cukup tegas menyatakan pendirian mengenai skandal lampau.

Setakat ini, FIFA tidak memberikan sebarang komen apabila ditanya mengenai perancangan membawa Blatter ke Piala Dunia di Russia.

Renggli berkata, setakat ini mereka belum membuat keputusan bila akan berlepas ke Russia dan perlawanan mana yang mereka hadiri, namun yang pasti ia bukanlah aksi pembukaan atau perasmian antara Russia menentang Arab Saudi pada Khamis ini.

Blatter adalah antara individu yang memastikan FIFA memilih Russia sebagai pemenang bidaan tuan rumah pada pemilihan 2010 dengan menewaskan England yang menjadi saingan utama. – Reuters

Tags: Presiden Vladimir PutinSepp Blater
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17 Mungkin Antara Tajuk Perbincangan Dalam Pertemuan Tun M, Putin

11/11/2018
0

SINGAPURA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Russia Vladimir Putin di luar...

Kes Racun Skripal ‘Suspek’ Tidak Bersalah – Putin

12/09/2018
0

VLADIVOSTOK - Dua lelaki yang dituduh meracun bekas perisik Rusia Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia didapati tidak melakukan sebarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd