• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Solar: Pengarah Urusan, Peguam Direman

oleh Ahmad Albab
27/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua lelaki termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang berpangkalan di Bintulu direman enam hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemberian kontrak projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap pengarah urusan bersama peguam syarikat itu mulai hari ini sehingga 2 Julai bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

Pengarah urusan yang berumur 59 tahun itu ditahan pada 5.30 petang semalam manakala peguam berusia 30 tahun ditahan pada 2.45 petang semalam ketika mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 (a) Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu.

Kedua-dua lelaki yang berbaju lokap SPRM itu tiba di perkarangan mahkamah pada 9.30 pagi dengan bergari.

Pada awal Jun, sebuah portal melaporkan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganugerahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.

Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Pada 11 Jun, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata Kementerian Pendidikan telah memulakan proses siasatan dalaman bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam isu penyelewengan pemberian kontrak membekal tenaga solar dan diesel di 369 sekolah di Sarawak.

Terdapat 369 sekolah di negeri itu yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetap dan hanya menggunakan genset diesel untuk menjana elektrik.

Sebelum 2017, bekalan diesel kepada sekolah adalah daripada beberapa kontraktor yang dibekalkan secara kontrak.

Bermula 1 Januari 2017, Jepak Holding Sdn. Bhd., yang asalnya satu daripada kontraktor terlibat, telah diberikan kontrak membekalkan elektrik kepada semua 369 sekolah itu bagi tempoh tiga tahun sehingga 31 Disember 2019 dengan nilai ‘melebihi RM1 bilion’ termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Selain membekalkan diesel di sekolah-sekolah pedalaman di Sarawak, syarikat itu juga memasang sistem solar hibrid dan penyelenggaraan generator di 369 sekolah pedalaman selama tiga tahun. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahProjek Solar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gayatri Tidak Tolak Jodoh Dengan Zul Ariffin

Next Post

Piala Dunia: Peru Pulang Bergaya Meskipun Tersingkir

Related Posts

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

Perbicaraan Kes Rasuah Anak Hamzah Zainudin Akan Didengar Hakim Baharu

08/08/2024
0

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes seorang perunding bebas yang juga anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri yang berdepan pertuduhan menerima...

Next Post

Piala Dunia: Peru Pulang Bergaya Meskipun Tersingkir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd