• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia: Saingan Kasut Emas Makin Sengit

oleh AK-47
25/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pada edisi 2014, pemain Colombia, James Rodriguez pulang sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia dengan hanya meledak enam gol namun jumlah itu dijangka diatasi di Russia.

Beberapa penyerang terbaik dunia seperti Harry Kane, Cristiano Ronaldo dan Romelu Lukaku berada pada tahap terbaik dan meledak jaringan untuk pasukan masing-masing ketika saingan baru memasuki aksi peringkat kumpulan.

Kane berada di landasan tepat menjadi pemain England pertama memenangi Kasut Emas sejak Gary Lineker pada 1986, selepas menjaringkan hatrik ketika menentang Panama malam tadi membolehkan dia mengumpul lima gol setakat ini.

Penyerang Tottenham itu meledak dua jaringan menerusi sepakan penalti pada separuh masa pertama sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-62.

Dia turut menjaringkan dua gol ketika menewaskan Tunisia 2-1 pada aksi pembukaan Kumpulan G.

Ia membolehkan Kane mengatasi penyerang Portugal, Ronaldo dan bintang Belgium Lukaku, yang terikat empat gol.

Ronaldo meledak hatrik ketika aksi menentang Sepanyol disusuli satu lagi gol menentang Maghribi.

Lukaku meledak dua gol dalam setiap perlawanan untuk Belgium, kali pertama berlaku dalam tempoh 32 tahun sebelum Kane mengulanginya 24 jam selepas itu. – Agensi

Tags: golPiala Dunia 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Emas OKU Rentung Dalam Kebakaran

Next Post

FIFA Siasat Salah Laku Dua Pegawai Pasukan Jerman

Related Posts

FIFA Kagum Gol Safawi

FIFA Kagum Gol Safawi

01/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Jaringan Safawi Rasid ketika meledak gol ketiga negara berdepan Kepulauan Solomon terus menarik perhatian dunia, kali ini...

‘Pussy Riot’ Ganggu Final Piala Dunia

16/07/2018
0

MOSCOW - Perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis dan Croatia sedikit terganggu apabila empat individu termasuk dua wanita memasuki padang...

Next Post

FIFA Siasat Salah Laku Dua Pegawai Pasukan Jerman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd