• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia: Penyokong Nigeria Kecewa Tersingkir

oleh AK-47
27/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAGOS – Penyokong bola sepak Nigeria meluahkan kekecewaan selepas menyaksikan pasukan mereka tersingkir daripada Piala Dunia susulan gol Argentina pada akhir perlawanan.

Perlawanan itu menentukan siapa bakal melepasi Kumpulan D ke peringkat kalah mati dan memastikan sama ada bintang Argentina Lionel Messi yang dianggap sesetengah peminat bola sepak sebagai terbaik dunia akan terus memainkan watak penting di Russia.

Nigeria begitu hampir layak ke pusingan berikutnya sebelum pertahanan Argentina Marcus Rojo meledak voli hantaran Gabriel Mercado pada minit ke-86 untuk memberikan pasukan Amerika Selatan itu kemenangan 2-1 dan laluan ke 16 pasukan terakhir di mana mereka akan menentang Perancis.

“Kecewa…kami mensia-siakan dua peluang gol hebat yang sepatutnya meletakkan kami di kedudukan terbaik,” kata Kelechukwu Mgbeahuruike, yang menyaksikan perlawanan itu di kawasan terbuka di Lagos.

“Argentina terus bersemangat untuk bangkit kerana mereka sedar mereka masih mampu melakukannya,” katanya merujuk pada ketika di mana penalti Nigeria yang disempurnakan Victor Moses menjadikan kedudukan 1-1 selepas Messi membuka jaringan.

Keputusan seri sudah memadai untuk negara Afrika Barat itu mara ke peringkat kalah mati kejohanan itu.

Pasukan itu yang membuat penampilan keenam mereka di Piala Dunia, mara ke peringkat 16 terakhir di Brazil empat tahun lalu.

Seluruh Nigeria membayangkan harapan pasukan itu melepasi Kumpulan D yang dianggap antara paling mencabar dalam kejohanan itu apabila meletakkan Argentina, Croatia, Iceland dan Nigeria dalam kumpulan sama.

Pembantu kedai Femi Ogundeji meluahkan kemarahannya berikutan keputusan pengadil yang tidak memberikan penalti kepada Argentina pada separuh masa kedua.

“Ia memang jelas. Semua orang boleh melihat bahawa berlaku sentuhan bola (oleh Rojo) dan sepatutnya diberikan penalti. Ia sungguh menyakitkan. Kami sepatutnya seri dan mungkin berada dalam aksi 16 terakhir,” katanya. – Reuters

Tags: kecewaNigeria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hapus Bazar Jalan TAR, PH Cuba Padam Imej Melayu?

Next Post

Lelaki Berisiko Tinggi Hidap Kanser Kolorektal

Related Posts

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Kecewa Kek Ditempah Tema Gajah Dapat Anak Anjing

Kecewa Kek Ditempah Tema Gajah Dapat Anak Anjing

19/07/2023
0

PETALING JAYA — Seorang wanita meluahkan kekecewaan di media sosial apabila kek yang ditempah rakannya dengan seorang peniaga tidak seperti...

Next Post

Lelaki Berisiko Tinggi Hidap Kanser Kolorektal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd