• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia: Croatia Mengungguli Kumpulan D

oleh AK-47
27/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROSTOV-ON-DON – Croatia mengungguli Kumpulan D Piala Dunia apabila jaringan Ivan Perisic pada minit terakhir permainan membantu mereka untuk meraih kemenangan 2-1 sekali gus memusnahkan harapan Iceland untuk mara ke pusingan seterusnya, sebentar tadi.

Perisic dan Luka Modric yang belum pernah direhatkan, masing-masing meledak jaringan pada minit terakhir permainan bagi mengesahkan tempat di pusingan 16 terbaik untuk bertemu Denmark.

Milan Bajelj meledak gol pembukaan perlawanan buat Croatia pada minit ke-53 sebelum Gylfi Sigurdsson menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Iceland yang mensia-siakan banyak peluang, menamatkan saingan kumpulan di tangga tercorot dengan satu mata namun tetap menerima tepukan gemuruh daripada penyokong yang menyaksikan perlawanan.

Argentina berada di tangga kedua kumpulan dan dijadual bertemu Perancis selepas menewaskan Nigeria 2-1, satu keputusan yang meletakkan mereka di tangga ketiga sekali gus terkeluar daripada saingan temasya bola sepak terbesar dunia itu.

Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic memperjudikan pasukan termuda Croatia di Piala Dunia, melakukan sembilan pertukaran daripada pasukan yang menewaskan Argentina 3-0 dan biarpun tampak bergelut, anak buahnya jelas amat klinikal.

Seperti dijangka, Croatia menguasai bahagian tengah tatkala Iceland jelas gembira dengan senario berkenaan dan cuba memberi asakan selepas rehat.

Penyokong Iceland memulakan perlawanan dengan ‘Thunder Clap’ sebagai tanda sokongan kepada pemain tengah Birkir Bjarnason yang meninggalkan padang selepas cedera di bahagian hidung akibat bertembung dengan Marko Pjaca.

Posisi Croatia seakan rapuh tetapi dengan keputusan seri sudah cukup untuk mengungguli kumpulan, mereka dilihat mempunyai sedikit insentif terutamanya Iceland yang tampak hilang ‘bisa’ sehinggalah berita mengenai jaringan pembukaan Lionel Messi dimaklumkan kepada pasukan.

Justeru, mereka terus melakukan asakan, meletakkan Croatia berada di landasan positif. Lima minit sebelum rehat, Alfred Finnbogason bermain satu-dua dengan Sigurdsson namun rembatan jarak jauh dilakukannya tersasar. – Reuters

Tags: croatiaPiala Dunia 2018
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Euro 2020: Sepanyol Lolos Sekatan Croatia

29/06/2021
0

COPENHAGEN - Jaringan masa tambahan Alvaro Morata dan Mikel Oyarzabal memberikan Sepanyol kemenangan 5-3 ke atas Croatia di Stadium Parken,...

Euro 2020: Sepanyol Tempah Pertemuan Berdepan Croatia

24/06/2021
0

SEPANYOL bakal membuat perhitungan dengan Croatia pada pusingan 16 terbaik selepas membenam Slovakia 5-0 dalam aksi terakhir Kumpulan E Euro...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd