• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia: Belgium Lega Mula Langkah Kanan

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Kehebatan individu berjaya memecahkan pertahanan Panama namun bagi jurulatih Belgium, Roberto Martinez kemenangan 3-0 itu mengukuhkan pasukannya yang memburu gelaran Piala Dunia.

Jaringan voli Dries Mertens dua minit pada separuh masa kedua amat penting untuk melegakan tekanan ketika Belgium mencatat tujuh perlawanan pertama Piala Dunia berturut-turut tanpa sebarang gol pada separuh masa pertama.

“Ia memberi anda ruang untuk bernafas,” kata Martinez.

“Saya dapat rasakan pada detik itu, kami menjadi diri sendiri dan lebih mengawal perlawanan.”

Jaringan berganda Romelu Lukaku, yang dibantu Eden Hazard dan Kevin De Bruyne, menamatkan saingan pasukan Amerika Tengah itu pada penampilan pertama di Piala Dunia.Namun Martinez yang dibawa masuk dua tahun lalu untuk menamatkan era generasi emas The Red Devils yang kurang menyerlah turut memuji komitmen penyerangnya untuk kembali bertahan.

“Tiada perlawanan yang mudah,” kata beliau yang memuji kekebalan pertahanannya ke atas Panama yang akan menentang England dan Tunisia selepas itu.

“Kami agak gementar tetapi saya gembira dengan corak pertahanan kami.

“Anda pastinya lebih berbangga apabila mereka beraksi sebagai satu pasukan dan semua orang menunjukkan kesediaan mereka untuk membantu,” kata jurulatih Sepanyol itu yang berjaya membentuk pasukan dibarisi pemain bintang dengan idea yang pernah digunakan untuk pasukan bawahan seperti Everton dan Wigan Athletic dalam Liga Perdana Inggeris.

“Ia satu detik terbaik untuk membuktikan kematangan. Ia satu detik untuk membuktikan ketenangan dan penyatuan pasukan,” kata beliau.

“Saya gembira dengan komitmen setiap pemain.” – Reuters

Tags: Belgiumpanama
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Beranak Maut, 4 Cedera Kereta Bertembung

Next Post

Bursa Malaysia Ditutup Paras Terendah, Susut 28 Mata

Related Posts

Pemandu Lori Miliki 16 Rekod Jenayah Ditahan Curi Kabel TM

Belgium Ikrar Sokong Kes Genosid Difailkan Terhadap Israel

21/01/2024
0

BRUSSELS - Belgium berikrar menyokong sepenuhnya kes yang difailkan oleh Afrika Selatan yang menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin...

EU, Belgium Beri Jaminan Perjanjian Pembekalan Vaksin Ditunaikan

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Eropah (EU) dan Belgium hari ini memberi jaminan perjanjian pembekalan vaksin Pfizer kepada Malaysia akan dapat...

Next Post

Bursa Malaysia Ditutup Paras Terendah, Susut 28 Mata

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd