• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia 2018: Messi Buat Argentina Malu

oleh Ahmad Albab
17/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW (AFP) – Argentina sekadar mencatat keputusan seri 1-1 bertemu pendatang baharu Piala Dunia, Iceland dengan Lionel Messi mensia-siakan peluang terbaik apabila dia gagal menyempurnakan penalti bagi memastikan kemenangan pasukan dari benua Amerika Selatan itu.

Sergio Aguero membuka tirai jaringan buat juara dunia dua kali itu seawal minit ke-19 tetapi kelebihan itu berjaya dipadam Iceland apabila Alfred Finnbogason berjaya meledak gol penyamaan empat minit kemudian.

Keputusan itu dianggap memalukan buat Argentina dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuan mereka yang diletakkan sebagai salah satu pasukan pilihan bagi menjuarai Piala Dunia sejak kali terakhir melakukannya pada 1986.

Dengan Diego Maradona turut hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Spartak Moscow, Messi gagal untuk memberi reaksinya terhadap hatrik yang dilakukan pencabar utamanya, Cristiano Ronaldo ketika membantu Portugal mengikat Sepanyol 3-3 dalam aksi pertama.

Messi sehingga kini masih gagal menjulang sebarang gelaran utama di pentas antarabangsa dan masa semakin suntuk buat dirinya yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-31 pada 24 Jun ini.

Bagi Iceland yang menyingkirkan England pada saingan Euro 2016, keputusan seri dengan Argentina memberi petanda positif buat negara kerdil berkenaan sekali gus mencerahkan peluang untuk melepasi saingan kumpulan yang turut dibarisi Nigeria dan Croatia.

Iceland yang mempunyai jumlah penduduk sebanyak 330,000 orang adalah negara kecil pertama yang layak ke Piala Dunia tetapi membuktikan mereka mampu memberi cabaran kepada pasukan berstatus gergasi. – BHarian Online

Tags: Lionel Messi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

13/12/2025
0

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat Oleh Mynewshub  KOLKATA, INDIA – Kemunculan legenda bola sepak dunia, Lionel...

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

24/12/2022
0

SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd