• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Batal Projek Untuk Balas Dendam Atau Hukum?

oleh
10/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KESAL… Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bidas tindakan Pakatan Harapan (PH) memberhentikan pelbagai inisiatif Barisan Nasional (BN) yang terbukti dalam memberi manfaat besar kepada rakyat.

Menurutnya beliau tidak kisah jika PH mahu ‘padam’ segala legasi sepanjang sembilan tahun mentadbir negara sehinggakan ada laporan beberapa perpustakaan kerajaan diarah tidak letak buku yang menyebut tentang dirinya.

Tetapi apa yang lebih memberi kesan kepada bekas perdana menteri tersebut adalah tindakan kerajaan PH lebih kepada persepsi semata-mata dan tanpa mengambil kira pandangan rakyat marhaen menikmati pembangunan.

“Dalam tempoh dua minggu, PH sudah batal projek Tren Berkelajuan Laju (HSR) di sebalik kajian dilakukan yang mengambil masa bertahun-tahun menunjukkan manfaat ekonomi melampaui kos pembinaannya,” kata Najib.

Begitu juga projek MRT3 juga diperlukan bagi perlengkap jaringan sistem pengangkutan awam lebih berintegrasi di Lembah Klang dan tanpanya, rakyat akan terus berdepan dengan peningkatan masalah kesesakan jalan raya teruk.

“Satu lagi projek yang mahu dibatalkan oleh perdana menteri pada dua hari lalu ialah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sangat diperlukan bagi pembangunan jajaran Pantai Timur Malaysia,” luah Najib agak kesal.

Biarpun Fasa 1 projek ini bagi Gombak hingga Kota Bahru sudah lepasi status 20 peratus siap dan pembatalannya boleh menyebabkan kos RM22 bilion, Kerajaan PH ujar beliau lagi, tetap mahu batal atau menangguhkan projek ini.

Beliau dalam catatan terbaharunya menerusi akaun sosial Facebooknya semalam, turut menyangkal keras dakwaan pentadbiran PH yang mengatakan konon pembayaran bagi projek ECRL dibuat bersandarkan kepada tempoh masa.

Walhal ia sebenarnya mengikut tahap pencapaian pembinaan. Bagaimanapun, itu tidak menghentikan pihak PH sengaja guna maklumat tidak betul sebagai alasan untuk membatalkan projek bermanfaat kepada rakyat ini.

“Tidakkah siapa sedar yang tiga negeri yang bakal menerima manfaat paling banyak daripada ECRL ini iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, adalah secara kebetulan ialah negeri yang bukan di bawah kerajaan PH.

“Adakah ini kesinambungan amalan menghukum negeri pembangkang yang pernah dilakukan Mahathir ketika jadi perdana menteri selama 22 tahun apabila Kelantan dinafi kemudahan asas rakyat seperti lebuhraya?” soalnya lagi.

Ini jelas berbeza ketika beliau menjadi perdana menteri, telah memastikan kesemua negeri tidak kira negeri di bawah pembangkang sekalipun akan menerima pembangunan infrastruktur asas untuk manfaat rakyat.

“Sebab itu, pihak kerajaan persekutuan pada ketika pentadbiran saya telah menyalurkan berpuluh-puluh bilion ringgit bagi membantu usaha penstrukturan bekalan air di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sendiri.

“Berikutan Kelantan agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri lain, saya juga telah memastikan bahawa Kelantan menerima lebih banyak dana pembangunan bagi manfaat rakyat negeri tersebut.

“Projek naik taraf jalan raya dan infrastruktur pembentungan. Lebuhraya CSR (Central Spine Road) yang tidak dikenakan tol di mana sebahagian besarnya sudah dibuka kepada pengguna adalah salah satu contoh,” kata Najib.

Justeru soal beliau, adakah menjadi hak kepada PH pula yang telah menjadi kerajaan baharu untuk memadamkan legasinya atau menghukum negeri pembangkang dengan sengaja membatalkan projek bermanfaat untuk rakyat.

“Namun saya menggesa kerajaan hari ini, jika mahu membuat pembatalan projek bermanfaat kepada rakyat ini, ia perlu dilakukan melalui cara yang telus dan penelitian yang terperinci dengan mendapatkan pendapat rakyat.

“Sekali lagi, saya menggesa kerajaan PH untuk mendedahkan laporan impak ekonomi dan kajian kebolehlaksanaan bagi kesemua projek manfaat rakyat ini untuk diakses rakyat. Ia tidak seharusnya batal projek atas motif yang salah.

“Atau beri alasan sebagaimana mereka lakukan mengenai hutang negara yang tidak tepat, tetapi mereka juga perlu ambil kira pembangunan positif ekonomi, peluang kerja dan manfaat rakyat yang disumbang projek ini,” tegasnya.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Najib yang juga ahli Parlimen Pekan berkata terdapat juga projek-projek manfaat rakyat telah pun berjaya disiapkan dan mujur juga ‘tidak diganggu-gugat oleh kerajaan’ yang baharu.

“Ini kerana ia dalam proses pembinaan akhir seperti Lebuhraya Pan Borneo dan juga bangunan Exchange 106 di Tun Razak Exchange. Jika tidak, PH mungkin akan batal projek ini,” kata beliau. – Media UMNO/HAA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPDNKK Perlis Periksa 94 Premis Dalam Op Catut 4.0

Next Post

Tak Berani Kacau, Alyah Biar Ramli Masak Sendiri

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Tak Berani Kacau, Alyah Biar Ramli Masak Sendiri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd