• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertahan Raja Melayu, PMB Adakan Perhimpunan

oleh
08/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI menyatakan sokongan rakyat terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Raja-Raja Melayu, satu perhimpunan besar-besaran bakal diadakan pada Jumaat ini pada jam 2 petang di Anjung Masjid Negara Kuala Lumpur, berhadapan pusat Islam.

Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam berkata, perhimpunan tersebut diadakan ekoran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkeras mahu perlantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara diterima.

Menurut Lokman, Tun Mahathir cuba membangkitkan satu fenomena supaya rakyat Malaysia lantang menentang institusi Raja Raja Melayu.

“Saya nampak ini satu usaha oleh Mahathir untuk mengajak rakyat untuk memerangi Yang Di-Pertuan Agong dan institusi diraja.

“Akibat daripada perbuatan manusia durjana termasuklah Mahathir menyebabkan telah ramai orang muda dan orang bukan Islam telah mengeluarkan ayat yang cukup biadap ke atas Yang Di-Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu,” jelasnya dalam laman sosial Telegram miliknya.

Tambahnya lagi, beliau tidak akan berdiam diri terhadap suara-suara sumbang ini yang cuba memperkotak-katikkan institusi raja.

“Kita akan buat satu perhimpunan besar-besaran. Kita akan jemput semua sekali badan badan NGO dan rakyat Malaysia yang masih sayangkan institusi beraja di negara ini.

“Kita tidak boleh diamkan diri dan biarkan raja-raja kita dipijak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini,” ujarnya.

Beliau turut menyeru orang ramai sama-sama hadir ke perhimpunan tersebut tanda taat setia terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Mana-mana NGO atau pihak yang ingin bekerjasama dan menyertai perhimpunan tersebut boleh menghubungi talian 0123320000. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PerhimpunanPMBYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

KPM Junjung Titah Yang Di-Pertuan Agong

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyentuh mengenai pendidikan negara sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd