• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perang ‘Kutip Sampah’ Jepun, Senegal Berterusan

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMARA – Ia pertembungan sepadan di Piala Dunia antara Senegal dan Jepun dengan kedua-dua penyokong menerima pengiktirafan dunia kerana kebersihan mereka di stadium yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Yekaterinburg.

Kedua-dua pasukan menang perlawanan pembukaan Piala Dunia, namun kedua-dua penyokong mereka yang menjadi tajuk utama akhbar.

Video di laman sosial menunjukkan penyokong Jepun membersihkan kawasan selepas kemenangan berdepan Colombia, mengutip sampah di bawah tempat duduk dekat stadium.

Penyokong Senegal juga dilihat melakukan perkara sama selepas kemenangan mengatasi Poland.

Kedua-dua penyokong melakukan sekali lagi hari ini, menjadikan tugas pembersih sukarela di Yekaterinburg Arena menjadi lebih mudah.

“Kami juga cuba memberi sokongan kepada pasukan kami dengan mengibarkan beg sampah besar berwarna biru, jadi saya rasa kami menggunakan sepenuhnya beg sampah yang kami bawa,” kata penyokong Jepun, Wataru Morita di luar stadium.

“Jadi kami tidak sabar untuk menunjukkan budaya kami kepada dunia menerusi kejohanan ini.

“Anda tahu, kami perlu melakukannya. Kami perlu menunjukkan kepada dunia bahawa kami melakukan sesuatu yang bagus,” kata penyokong Senegal, Gora Ndoye selepas perlawanan.

“Kami tidak datang ke sini untuk meninggalkan sampah. Kami perlu membawanya keluar selepas setiap perlawanan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kami orang yang bagus.

“Selepas ini ke mana saja kami pergi kami akan menerima tanggapan yang baik, kerana itu kami melakukannya.” – Reuters/BH ONLINE

Tags: Piala Dunia 2018Sampah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Emas Agresif, Simpan Bukit Sampah 32 Tan Dalam Rumah

Warga Emas Agresif, Simpan Bukit Sampah 32 Tan Dalam Rumah

31/07/2025
0

JOHOR BAHRU: Tindakan lelaki bekas guru yang menjadikan aktiviti mengumpul sampah di dalam kediamannya di Taman Sentosa di sini sejak...

Isu Melayu Sampah: Jangan Jadi Dalang Cetus Kontroversi

19/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pengurusan kilang dan industri di negara ini menjaga sensitiviti kaum. Naib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd